03 April 2007

Selamat Datang

Salam muhibbah
Akhirnya berjaya jua dengan susah payahnya. Masa dan kemudahan yang terbatas benar-benar menghadkan pergerakan dan kemahuan saya. Hinggakan Kak Lily Haslina memberitahu rumah lama saya sudah bersawang. Mungkin kalau di kampung, sudah ada 'penunggu' di situ.

Alhamdulillah. Akhirnya saya di sini.
Kesempatan yang sangat berharga ini ingin saya rakamkan penghargaan tidak terhingga kepada insan-insan yang banyak memberi dorongan dan inspirasi kepada saya untuk terus berkarya. InsyaAllah saya tidak akan berhenti melangkah dan terus melangkah dengan lebih gagah. Semoga dengan sokongan anda semua, saya akan terus bersemangat dan menempuh lelah dan halangan. Semoga Allah memberkati saya.
Novel ini dihasilkan dengan seluruh keringat.Oleh itu segala kekurangan mohon kemaafan (jika ada cadangan membina jangan segan-segan emailkan di lailakamilia@yahoo.com).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...