11 June 2007

Setahun yang merubah

Kehidupan harus diteruskan. Dari sehari ke sehari kita semakin matang. Perubahan dalam hidup kadang-kadang tidak dapat kita elakkan. Dan semakin sehari ke sehari kita sebenarnya semakin tua dan kaya dengan pengalaman.
Setahun lepas, saya ada bilik sendiri, ada staff sendiri. Bunyinya macam seronok dan gah sajaa walaupun pada hakikatnya saya hanya seorang kuli yang diberi gaji pada hujung bulan.Seronok juga memerintah tetapi entah mengapa saya jarang merasa tenang di sana. Dengan gaji yang agak lumayan (bagi seorang manusia yang tak berapa pandai ini), saya tinggalkan segala-gala. Semasa saya memberitahu keputusan saya untuk mengundur diri saya katakan "Wang penting tetapi bukan segala" Dan adakah saya temui kebahagiaan disini? Dengan penghijrahan ini adakah saya gembira? Adakah hati lebih tenang?
Saya tidak mahu mengatakan ya atau tidak. Bak kata seorang kerani di tempat kerja lama saya, Diri kita hanya orang lain dapat menilainya. Benarkah? Bukankah kita selalu dituntut untuk bermuhasabah diri? Dalam psikologi, jika seseorang itu kaya dengan intrapersonal (mengenali diri sendiri) maka dia sebenarnya seorang yang paling berjaya sekali. Maknanya di sini kita harus mengenali diri kita sendiri, kenali kelebihan dan kekurangan diri. Yang mana lebih, kita tinkatkan, kita kembangkan. Yang mana kurang kita tampalkan dan baiki lagi.
Berbalik kepada persoalan kebahagiaan tadi saya andaikan di sini begini. Saya mengenali seorang teman yang saya amat mengenalinya dan baru-baru ini saya terjumpanya. Dia bertanyakan soalan cepumas yang selalu orang tanyakan kepada saya sejak kebelakangan ini bila bertemu saya. Lebih kurang soalannya beginilah "Seronokkah kat tempat baru" Dan saya sekadar menjawab begini kepadanya. "Kau tengok muka akak macam mana?" Saya bertanya kepadanya soalan pula dan ingin menilai sejauhmana dia mengenali saya. Dan saya kagum dengan jawapannya. Dia kata "Dari air muka akak saya dapat lihat wajah yang lebih ceria." Dan saya kira penilaiannya terhadap saya benar belaka.
Apa seronoknya berpanas, lebih baik duduk di bilik berhawa dingin. Apa bahagianya ditngking jurlatih dibandingkan ditengking bos hujung bulan akaun masyuk juga). Apa dan apa?
Saya tidak menafikan segelintir orang memilih profesion keguruan sebagai alternatif terakhir kerana tiada pekerjaan. Malah kalau ditanyakan kepada sesetengah orang, mereka memilih pekerjaan kerana memang tiada pilihan. Itulah yang ada. Pada zaman sukar mendapat pekerjaan, kita tidak boleh memilih-milih. Apa yang ada di depan mata rebut saja. Tetapi alangkah bertuahnyakita jika kita boleh memilih gaji yang lumayan dengan hati yang tenang dengan pekerjaan kita.

1 comment:

Rose Harissa said...

aku pun nak jagi ckgu gak la... cikgu pendidikan seni... hehehee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...