12 July 2007

Alahai Bolasepak Malaysia

Saya bukanlah seorang yang fanatik tentang sukan nombor satu dunia ini. Namun, bila bercakap pasal bolasepak, saya tiada masalah untuk bercakap atau mengikuti perkembangannya.
Bolasepak di Malaysia? Saya dilahirkan di Perak. Sebagai anak sulung, saya telah didedahkan oleh ayah saya dengan bolasepak negeri dan negara. Ketika kecil saya selalu menemankan ayah menonton bola di tv. Kalau dulu ada pesta bola merdeka, memang seronok menontonnya. Selalunya pasukan Malaysia akan ditakuti oleh lawan. Malaysia mudah saja meratah pasukan asia lain seperti Korea Selatan, Iran dan lain-lain dengan mudah. Tapi itu dulu...
Kita semua sudah maklum dengan sejarah bolasepak Malaysia. Malah wanita seperti saya yang tidak tahu menendang bola pun tahu akan nasib malang yang menimpa-nimpa pasukan kita sejak tahun 90-an ini. Dan malam sejarah hitam bolasepak Malaysia berulang lagi Selasa lalu. Dengan jaminan jurulatih dan janji pemain untuk bersungguh-sungguh menentang China sebelum itu telah membuatkan ramai penyokong yang masih menaruh harapan pergi ke stadium bukit jalil untuk menyaksikan keajaiban... tetapi apa yang mereka dapat hanyalah keaiban!
Sudah tentu saya marah! malu! dan terasa hina! Wanita Malaysia tidak boleh marahkah? tidak boleh malukah? tidak boleh terasa terhinakah dengan tendangan lembik lelaki Malaysia bermain bolasepak? Bagi saya tidak kira lelaki atau wanita, rakyat Malaysia yang tidak terasa apa2 dengan kekalahan ini perlu berfikir sejenak... kitakan rakyat Malaysia. Walaupun sekadar bolasepak, namun maruah negara perlu dijaga.

Saya bukan fanatik, tetapi apabila bercakap pasal maruah negara, saya boleh menjadi patriotik, sekalipun hanya dengan permainan ini. Sesuatu harus dilakukan. FAM dan pemain serta jurulatih terlibat perlu serius dalam membangunkan bolasepak negara.

Piala Asia baru bermula. Sabtu ini Malaysia menentang Uzbezkistan. Mari kita saksikan siapa yang kena. Harap2 bukan penonton kita yang terkena, buat kali kedua...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...