13 July 2007

Pilihan Laila : Transformers

Kalau kecik-kecik dulu di era 80-an, kita tentu tidak lupa dengan kartun 80-an seperti Transformers, Thundercats, Ewoks, Silverhawk etc. Walaupun orang kata kartun robot dan galaksi nie hanya untuk bebudak laki jer, tapi orang perempuan macam saya pun minat jugak. Namun, dalam bebanyak kartun, Transformers adalah kartun yang paling berjaya dan mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Sayapun antara peminatnya, tapi takdelah minat giler macam kartun Thundercat hehehe...

Apapun, Transformers kali nie kembali semula di layar perak. Kalau dulu di tahun 1996 ada Transformers:The Movie yang dibuat dalam bentuk animasi, tapi kali nie menggunakan pelakon manusia, bukan kartun lagi. Saya berkesempatan pegi menonton filemnya. Ceritanya penuh dengan CGI effect. Kalau nak tengok pelakon handalan memang tiada sebab tarikan penonton kepada filem ini bukan kepada pelakonnya tetapi kepada teknologi CGInya serta populariti pengarahnya Michael Bay (Armageddon, Bad Boys II, coyote Ugly etc...) dan produsernya Steven Spielberg (semua kenal sapa dia nih...).
Jalan cerita simple, makhluk asing datang ke bumi untuk mencari sesuatu yang dipanggil allspark yang boleh beri tenaga kepada kehidupan mereka kembali. Mahkluk asing ini dalam bentuk robot yang boleh bertukar menjadi kenderaan. kumpulan yang melindungi manusia (yang tak sukakan peperangan) ialah Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime manakala the bad guys adalah Decepticon (ketuanya Megatron). Kebetulan seorang manusia ini kebetulan rupanya mempunyai sesuatu yang membawa kepada penemuan Allspark ini. Pelakonnya Shia Le Biouf (betul ke tak ejaannya) sangat cemerlang beraksi dengan gaya selamba bersahajanya.
Komen: Menarik untuk ditonton hingga ada kawan (hehehe...) yang mengatakan kita melekat di kerusi hingga tamat cerita. Sesuai juga ditonton oleh kanak-kanak kerana imej yang tidak keterlaluan. Garapan Michael Bay masih sama (cinematography dan screenplay yang hampir sama dengan Armageddon). Apapun, memang filem ini menjadi pilihan saya untuk ditonton walaupun bukanlah filem terbaik untuk tahun ini.
Rating:****
*****Highly recommended!!! Superb!!! Best gilerr!!! Rugi tak tonton.
**** Best, Menarik, berbaloi ditonton, boleh rekomen kat orang.
*** Bolehlah... Biasa saja, tak rugi menonton
** Kurang menyengat, tak tonton pun takpe
* Buang duit aku ajer. Jangan tengok lerr... buat rugi jer...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...