24 July 2007

J.K. Rowling Cipta Potter Mania

Siapa yang tidak kenal Harry Potter? Memang ada yang tidak kenal, namun tidak dinafikan Harry Potter adalah watak paling berpengaruh dan paling popular dalam dunia novel antarabangsa. Novel Harry Potter amat popular sehinggakan sirinya yang terakhir yang dilancarkan Sabtu lepas mencatat jualan sebanyak 8.3 juta naskah dalam masa 24 jam di USA sahaja! Di Malaysia pula beribu-ribu 'Potter Fan' beratur seawal jam 6 pagi di Tesco dan Carrefour hanya untuk menjadi pembeli terawal novel tersebut. 4 buah gedung buku utama di Malaysia telah memboikot jualan buku tersebut disebabkan tawaran murah yang dibuat oleh Tesco dan Carrefour (Harga asal buku RM109.90 tetapi Tesco dan Carrefour jual RM69.90!).
Siapa yang bertanggungjawab membawa Harry ke dunia? Tak lain tak bukan adalah penulisnya, J.K. Rowling. Beliau yang lahir pada 31 Julai 1965 di Bristol, barat England, memulakan dunia penulisannya ketika berusia enam tahun dengan hanya memfokus pada cerita mengenai arnab dan kawan-kawannya. Beliau mendapat ilham untuk menghasilkan novel Harry Potter, yang kemudiannya melahirkan tujuh siri, bermula pada tahun 1990. Dilihat laluan hidupnya, Rowling pernah berhadapan dengan kesukaran mendapatkan duit bagi menyara dirinya dan anaknya, Jessica, yang lahir hasil perkongsian hidup dengan suaminya seorang wartawan, di Portugal.
Hari ini kekayaan Rowling dianggarkan RM3.5 bilion (AS$1 bilion). Dinamakan sebagai penulis terunggul Britain yang masih hidup oleh The Book Magazine.
Selepas berjaya menjual 325 juta naskhah enam siri pertama, dalam 64 bahasa, novel Harry Potter, keluaran ketujuh dan terakhir yang bertajuk Harry Potter and the Deathly Hallows juga dijangka meneruskan tradisi jualan gempar di seluruh dunia.

Saya tidak pernah membaca langsung novel Harry Potter! Namun, saya kagum dengan penulisnya. Saya amat berharap satu hari nanti saya dapat membaca ketujuh-tujuh novel tersebut. Namun, saya tidaklah terlalu ketinggalan sebab saya mengikuti kesemua lima filem Harry Potter. Dan memang saya kagum dengan kreativiti penulisnya yang boleh membuat satu jalan cerita yang amat unik yang bukan saja diminati kanak-kanak malah orang dewasa.

Mungkin satu hari nanti akan ada JK Rowling kedua... dari Malaysia...

Mungkin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...