14 August 2007

Ceritanya atau Orangnya?

Kalau ada anugerah yang boleh saya undi untuk drama bersiri Inggeris terbaik yang ditonton sepenuhnya tentulah saya akan undi drama bersiri popular yang digilai ramai sejak tahun lalu dan masih menjadi pilihan saya untuk 2 musim berturut-turut iaitu PRISON BREAK. Dan ketika ini tentulah kalau anda peminat fanatik siri tersebut, wajah-wajah pelakon-pelakonnya tentu akan terbayang di depan mata.

Tamat saja musim kedua, Michael Scofield, Lincoln Burrows, Fernando Sucre dan Theodore Bagwell, itulah kisah 4 lagi Fox River Eight yang masih lagi menjadi tanda tanya. Kalau mengikuti kisahnya dari awal musim, saya pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menonton musim ketiga yang akan mula ditayangkan di US pada September nanti. Dan sudah tentu saya juga tidak mahu melepaskan peluang menonton sambungan ceritanya serta orangnya kerana kedua-duanya iaitu jalan cerita dan pelakon-pelakonnya terutamanya si hero, Wentworth Miller sangat berbaloi untuk ditonton.
Kehebatan siri ini terletak pada jalan cerita yang boleh membuatkan anda melekat di kerusi sepanjang masa, penuh dengan adegan suspen yang mana anda tidak jangka apa yang akan berlaku seterusnya namun setiap masalah ada saja penyelesaiannya samada secara langsung atau tidak. Kalau di musim pertama, strategi digunakan untuk melepaskan diri amat unik dan kreatif (tabik spring kepada creative team cerita ini), di musim kedua pula lebih mendebarkan dengan kisah perlarian banduan tersebut. Dan saya jangka musim ketiga akan lebih menarik dengan penamat musim kedua telah meninggalkan hint2 dan tanda tanya yang cukup menarik untuk dirungkaikan dalam musim ketiga nanti.

Rangkaian pelakonnya yang diketuai oleh Wentworth Miller (Michael Scofield) cukup berbakat. Lakonan Miller yang sentiasa cool dan 'cute' amat meluruhkan hati dan jantung wanita yang memandangnya. Lakonannya amat berkesan sehinggakan dia pernah dicalonkan anugerah Golden Globe untuk wataknya ini. Satu lagi pelakon yang memberikan lakonan hebat ialah T-Bag (lakonan Robert Knepper) yang membuatkan saya terasa amat benci dengan dirinya kerana kejahatannya telah melepaskan dirinya daripada banyak masalah. Tidak hairan jika Entertainment Weekly mengiktiraf T-Bag sebagai "TV's Best Villains".
Baik cerita atau pelakonnya, saya rasa kedua-duanya telah berjaya. Tak sabar saya nak tunggu musim ketiga. Rose Harissa, bila lagi kau nak email lukisan Wentworth kat aku?

5 comments:

Rose Harissa (NORA) said...

hoih... siap ada entry lagi pasal Prison Break... hehehe...
ko dah donlod kan? tak yah la aku emel...
ko gi kat donlod miller kat
http://www.freewebs.com/roseharissa
ko nk donlod elly pun bleh..
hahhaa

lily & laila said...

elly? hati ini masih belum berdetik tatkala memandangnya. Mungkin di suatu hari...siapa tahu. Tapi lukisanmu...bagus banget!

Rose Harissa (NORA) said...

cesss... bongkak sungguh ungkapanmu itu! hahaha... 3 & 4 hb race kat KL... aku nk jumpa dia secara live! tu pun kalo dia nak jumpa aku... hubby aku dh bagi green light...

lukisan aku? masih biasa2 aja... aku dpt graphic tablet baru kira master ji! hahahaha... bukan jin tau! :P

Rose Harissa (NORA) said...

alamak... tertinggal bulan... 3 & 4 november
hehehe...
idop wentworth miller!

lily & laila said...

yang race tu aku nak jugak ikut. kalau aku xde kelas la...tapi kalau adapun...aku akan cuba sedaya upaya untuk mentiadakannya...heehehe...syok gak tengok org race ni.nanti buleh la aku tengok....elly pujaan hati kau tu....
tahniah...tablet baru...amende ko cakap ngan aku. apehalpun wenworth memang went worth....heheheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...