14 September 2007

Siapa Dzalia dalam LK


Saya ingin berkongsi pengalaman saya diajukan dengan pertanyaan oleh mereka yang sudah membaca LK. Ramai yang bertanya, dalam LK tu Dzalia tu wujud ke? Bila saya cakap watak dia betul wujud, soalan kedua pula keluar, betuk ke dia janda? Cerita dalam LK tu kisah benar ke? Bukan saya seorang saja, saya rasa semua penulis sentiasa diajukan pertanyaan yang sama. Ia menunjukkan betapa prihatinnya seorang pembaca dengan apa yang dibacanya sehinggakan terbawa-bawa keluar ke dunia realiti.

Untuk menjawab soalan yang nombor satu itu, jawapan saya, memang Dzalia wujud. Kareaktornya diambil bagi memperingati seorang kawan yang cukup sweet dan baik hati. Bahagian paling tidak benar tentang Dzalia, saya wujudkan sebagai janda berhias sedangkan di alam realiti, dia masih bujang trang tang-tang. Still available.

Harapan saya semoga 'Dzalia' saya cepat-cepat bertemu jodoh. Dan harapannya biarlah dengan lelaki sebaik Zuhairee. Kalau ada yang mahu menjalin persahabatan dengan Cik 'Dzalia Nidzar ' silakan ke http://profiles.friendster.com/juecute

Walau di mana 'Dzalia' saya berada, saya doakan dia menemui kebahagiaan yang dia ingini. Terima kasih kerana sudi menjadi Dzalia dalam LK.

2 comments:

Abang Long said...

Inilah kelebihan seorang penulis. Disamping menulis, kita dapat 'membantu' insan lain yang masih 'kekurangan' sesuatu didalam hidup mereka. TAHNIAH !.

laila kamilia said...

lain macam aje bunyi ayat abang long ni...kak long oooo kak long!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...