20 September 2007

Tengah Nakal....

Penat melayan Hariz Hakimy. Dua malam lepas dia cucuk telinga dengan termometer. Tadi pula orang sedang berbuka nasi ayam, dia gigit sabun. Aduh....
Orang kata anak nombor dua ni pelik sikit. Entahlah...sebab dia belum besar. Membuat perbandingan terkini, abangnya memang senang dijaga, saya tak perlu tinggi2 suara dia dah faham saya marah dia. Mungkin sebab ambil perhatian mama dia menjaga di hospital, maka dia memang tak banyak buat hal. Masa dia kecil tak pernah pasu bunga pecah dan CD calar balar dan pecah dua. Adiknya pula walaupun tidak memecahkan pasu bunga dan CD, akalnya panjang untuk 'mengembara'. Kristal kecil tu dia masuk mulut, lepas tu tabur atas tangga. Batu dalam pasu bunga di dalam rumah dia ketuk dan lempar ke lantai. Siap main ultraman kat dalam pasu bunga tu lagi. Pandai dia pilih setting tempat, ada batu-batu dan bunga hidup. Dulu-dulu bila Hardy main batu saya akan pukul tangannya sebagai ajaran yang batu itu bukan mainan, tapi dengan adiknya tak jalan... Jadi saya guna pendekatan psikologi pulak. Bila dia letak balik batu tu dalam pasu, saya tepuk tangan. Masalahnya pulak, dia boleh ambil batu, tengok saya, letak balik batu dan tepuk tangan sendiri...Mak dia buat apa? Tepuk dahi.....

2 comments:

dhiya said...

hahha..ko cakap sapa budak yang tak nakal? kalau pasif tu memang ada something wronglah...hihiih

laila kamilia said...

ek? betullah dhiya sama macam anak...sedara ko....bila nak datang kl. kitaorang ada plan nak buat reunion...hehehhe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...