31 October 2007

Alhamdulillah, dah habis satu kertas

Ada dua kertas lagi menanti. InsyaAllah Isnin nanti habisla. Terima kasih atas doa kalian. Jumpa nanti masa Jamuan Raya Alaf 21!

17 October 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428H


Kami menyambut raya tahun ni di Alor Setar, Kedah. Hari Raya ke 3 baru pulang beraya di Teluk Intan, Perak. Balik semula ke Bandar Seri Putra pada hari raya ke 5. Meriah juga raya tahun ni. Kenangan paling menakutkan raya tahun ni bila mercun meletup memecahkan pasu bunga. Serpihannya melantun ke udara dan melayang hingga ke atas bumbung dan ke rumah jiran. Mujur tiada sesiapa yang tercedera.

Uniknya Pembayaran Zakat Fitrah

Berhadapan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah, kita boleh membayar zakat fitrah terus kepada fakir yang menunggu di sekitar masjid.

Pondok


Pernah dengar orang kata, "Masuklah rumah pakcik ni, pondok buruk je." Selalukan orang kata begitu bila kita bertandang ke rumahnya. Tapi sebenarnya rumah dia bukanlah pondok pun. Ia sekadar berbasa basi sebagai rendah diri tuan rumah. Tengok2 pondok buruk yang dia kata tu banglo. Tapi ini betul-betul pondok. Boleh bayangkan pondok yang dijadikan rumah? Pertama kali dikhabarkan akan menjengah saudara ke pondok, saya bayangkan macam dialog di atas tadi. Dalam kepala, rumah tu taklah seperti dalam gambar ni. Tapi bila dah menjejakkan kaki, kelakarnya dalam kepala saya, betul-betul pondok rupanya, ingatkan main-main. Saya bukan bertujuan menjatuhkan empunya rumah tetapi mengenangkan kebodohan saya tu.
Rumah pondok di Kedah dan dengarnya ada juga di Kelantan, kebanyakannya diwakafkan oleh orang berada supaya warga tua ataupun sesiapa yang berminat dapat belajar mendalami ilmu agama, di sekolah pondok. Rumahnya memang kecil, muat untuk dihuni maksima 2 orang tetapi cukup fasiliti seperti bilik air, ruang tidur dan dapur. Memandangkan kawasan terhad, maka pondok ini dibina berdekatan antara satu sama lain dan surau atau masjid di tengah-tengah kawasan.

Pokok ubi berbunga

Hairankan tengok pokok ubi ada bunga.
Betul bunga pokok ubi, tengok daunnya betul-betul.

Mula-mula hati tertanya-tanya, mata ni salah tengok ke? Seumur hidup tak pernah lagi tengok pokok ubi berbunga, lalu saya pun bertanya dalam loghat Kedah yang tak berapa sedap didengar bunyinya.
"Mak Lang, tu bunga pokok ubi ka ?" Mak Lang menjenguk dari sebalik pintu dapur barunya.
"Ish, dak aih. Tu pokok kebai sari."
"Kebai sari? Boleh buat apa pokok tu Mak Lang?"
"Tu, kalau kena ketit lipan, amik getah dia, sapu."
"Ooo" (dengan mulut masih melopong).
Tuan-tuan dan puan-puan...pokok ubi tak ada bunga ye...buah ada, tapi kecil macam buah terung berembang, itupun pokok ubi gajah...

Pisang bunga ke bunga pisang

Pernah tak tengok pisang ni? Pelikkan sebab ia ada bunga di atas tandan dan buahnya di bawah. Gambar diambil di Pulau Pisang, Kubang Pasu, Kedah.

07 October 2007

Maafkanlah....

Kesempatan ini saya dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf andai ada terguris kata, meluka perasaan, kasar perlakuan, lantas menyakitkan juga mohon halal segala yang diminum, dimakan.
Salam Aidilfitri dan semoga kehadiran syawal memberi keberkatan kepada semua.
Salam Lebaran


Laila Kamilia
Aedy Fadly Ramli
Hardy Zahidy Fadly
Hariz Hakimy Fadly
Bandar Seri Putra, Bangi
25 Ramadhan 1428 Hijrah bersamaan 7 Oktober 2007

05 October 2007

Jambatan indah Putrajaya

Masih dalam pembinaan. Sekarang menjadi satu mercu tanda Putrajaya. Banyak penggambaran dijalankan di sini.
Ini dikatakan menyerupai pedang Saidina Umar.
Jambatan yang sepatutnya menghubungkan daratan dan monorel.
Tinggi dan megah berdiri


Masihkah kau ingat 20-22 Mei 2005






Beberapa tahun yang lalu.....


Tiada Durrah Fatihah tiada Maria Alina, dia bukan Dhiya Zafira dan Ayu masih tiada Emelda di belakang namanya. Begitu juga dengan Amy Batrisha. Siapa pula Laila Kamilia dan Lynn Dayana.


Terima kasih Alaf 21. Tanpa anda siapalah kami....


Kawan-kawan2 maaflah ye....terimbau kenangan lalu....
Sesungguhnya saya kagum dengan hasil karya anda semua.....

Mentafsir perasaan dalaman melalui lukisan


"Saya sedang bermeditasi." Jawapan saya tatkala Miss Chiang meminta saya menunjukkan lakaran lukisan saat2 duka dalam Kelas Terapi Seni.

"Boleh kamu membuat intrepretasi pada gambar yang dilukis murid ini?" Pendapat saya didalamnya ada something in complete. Saya merujuk kepada lukisan murid yang ditunjukkan tiada tangan sedangkan anggota lainnya lengkap malah kanak-kanak dalam lukisan itu berbaju lengkap.

"Bagaimana dengan yang ini?" Dia tidak putus2 menyoal dan saya tidak putus-putus memberikan jawapan yang merapu. Jawapan saya dia ingin berjiwa bebas. Merujuk kepada lukisan kanak-kanak berambut dan berfesyen rap.

Di akhir kelas Miss Chiang bertanya pula. "Siapa dalam kelas ini mengambil kaunseling?" Saya tunduk muka, pura-pura tidak mendengar soalannya. Kelas diam seisi alam. "Saya tahu dalam kelas ni ada yang ambil kaunseling." Saya angkat muka. "You bukan?" Dia bertanya kepada saya. Dengan muka gelabah saya tak tahu nak jawab apa. Dia tanya lagi, Major? Saya blur bila diserkap jarang begitu. Minor. Dia senyum. Saya mengerut dahi. Saya pandang Kerol yang duduk di sebelah. "Macam mana dia tahu? Aku tak angkat tangan pun?" Kerol angkat bahu. Mungkinkah jawapan saya yang merapu itu mendedahkan segala? Kerana semua jawapan merapu saya tu tepat belaka!


Jangan tidak percaya, melalui lukisan seseorang kita boleh menilai apa yang ada di kepalanya!

Terkenang raya tahun lepas


Tahun lepas, jam 12.50 tengahari saya sudah sampai di konti. Saya hanya akan pulang semula selewat-lewatnya jam 1.30 petang, menyambung tugasan di pejabat. Saya menyampai berita jam 1.00 tengahari di Putra FM. Dalam sibuk2 itu saya produktif, dua novel saya diterbitkan, ada beberapa manuskrip separuh jalan untuk dijadikan stok ada dalam simpanan dan drama radio sketsa balik raya ke udara untuk siaran radio Putra FM dan Selangor FM.

Bagaimana tahun ini? Mmm... saya mengakui sesibuk manapun saya di pejabat, ianya memang tidak akan sama dengan sibuk sebagai pelajar. Bukan senang untuk menukar diri dari seorang pelajar kepada novelis dan saya memang tidak boleh melakukannya. Saya angkat bendera kerana sepanjang pengajian saya, saya memang tidak produktif....

Semangat yang ditiup rakan-rakan seolah-olah tidak memberi kesan. Berapa kali dicabar abang, tetapi saya tetap begitu juga. Mengapa ya?

Saya tiada jawapan yang spesifik tetapi antara sebab yang saya boleh kenalpasti:

1- sukar mencari mood

2-letih studi dan asignment (haaha). tu ada 20 soalan esei yang kena buat tak sentuh lagi.

3-sukar menukar mood tulisan ilmiah kepada bahasa santai dan romantis

4-dah memang pemalas....


Agak2nya lepas ni apa alasan saya ye???

Kesayangan



Laila akan Shut Down dan Hibernate



Apahal? Tiada ribut tiada angin akan shut down dan hibernate. Saya minta maaf banyak2 tetapi ini semua bukan kehendak saya. Kalaulah ada yang rindu pada tulisan di blog saya yang merapu rapan ni (masalahnya ada ke?), saya tinggalkan anda dengan sebanyak2 n3 yang boleh saya titipkan.


Apa yang telah terjadi kepada Laila? Stressnya tidak menyusut ke? Atau ribut sedang melanda hati. Memang saya stress memang saya ribut....


Sebab apa? Ini jadual saya sepanjang saya menyepi nanti....




22-23 Okt -Lisan Bahasa Inggeris


29-31 Okt - Peperiksaan Akhir


12-23 Nov - Induksi


24-28 Nov - BTN


29 Okt - 3 Dis- Induksi


4 Dis - Peperiksaan




Saya hanya merdeka pada 5 Dis. Sempatkah saya menyiapkan Citra Persona sebelum hujung tahun ini? Bila memikirkan Cinta Pandang Kedua yang masih di muka tak sampai 100 saya termenung panjang. Saya memang perlukan magis.




Keutamaan saya ketika ini adalah peperiksaan akhir. Alhamdulillah saya mendapat pencalonan cemerlang dalam latihan praktikum baru-baru ini. Saya harus mendapat sekurang-kurangnya B+ untuk peperiksaan akhir untuk mendapat pangkat cemerlang semasa konvokesyen nanti. Saya benar-benar tertekan....




Kepada kawan-kawan blog yang sentiasa bersama saya, menyokong dan membakar semangat, saya perlukan doa anda.




Ucapan Laila sebelum hibernate : Kak Lily selamat success dengan MKM, Kak Fathi dengan Suratan Kasih, semoga dapat feedback baik. Rose dengan Mekar di hati, Lynn dengan Hak Cinta Terpelihara semoga cepat terbitnya kerana peminat dah tak sabar hendak memegang buah tangan terbaru anda. Lily Yong tahniah kerana ulangan cetak ANC. Kak Eka, Selamat pulang.... Dhiya, selamat berjuang menghabiskan manuskrip. Aku angkat bendera putih. Maaflah kali ini aku tak dapat bersaing lagi... Umi Selamat Pengantin baru dan selamat berangkat....


Saya perlukan doa kalian.




Kepada pembaca blog dan pengunjung setia lailakamilia.blogspot terima kasih atas sokongan anda. Doakan yang baik2 saja untuk saya. Saya harap sangat saya boleh mencatat sesuatu dalam penyepian saya tetapi jika saya betul2 shut down jangan lupa kembali ke blog saya pada 5 Dis 07, insyaALLAH. Doakan saya.....

Kesediaan Membaca





Jika anda tiada idea untuk membeli bahan bacaan, ini adalah salah satu contoh bahan bacaan yang menarik yang anda boleh beli bagi menggalakkan anak-anak membaca. Bahan begini digunakan oleh guru2 terutamanya guru2 Pendidikan Khas bagi merangsang minat dan deria untuk membaca. Jika kreatif anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
P/S : Ada orang kata apa lah si Laila sibuk dengan galakan membaca... Saya cakap sebab kalau anak2 akan datang tak reti baca, kurang seorang pelanggan berpotensi untuk beli novel saya.Hahahaha.....

Bila Menulis bukan lagi menjadi hobi tetapi...


Bila menulis bukan lagi menjadi hobi tetapi.... Saya tidak bisa mengakhirkannya. Sebak bila satu-satunya hobi kini sudah tidak menjadi hobi. Lalu saya harus mencari hobi baru... Apa dia saya belum jumpa.
Hasil kerja di atas adalah hasil terapi seni saya. Saya memang sedang dalam keadaan stress lalu saya mengaplikasikan apa yang saya belajar hari ini, terapi seni...
Cantikke? Inilah jahitan manik dan labuci yang akan saya pakai hari raya nanti. Sudah legakah perasaan saya selepas terapi? Mungkin...
Malam ini saya akan berjaga... Untuk melangsaikan apa-apa yang terhutang, melunaskan janji dan mengotakan sebuah harapan....Ceh! Apa-apalah Laila....

01 October 2007

Gambar di Majlis Berbuka Puasa Rumah Kak Lily Haslina

Kak Lily penat melayan peminat yang datang meminta autograf untuk Moga kau Mengerti. Disebelahnya si Lynn sibuk mengusik dan menjeling...tak lama lagi novel kedua bakal menyusul...Tu yang nampak kaki tu kaki Rose....hahaah
Lily Suriani dengan Alya. Sebut betul2 Alya....
Su sudah jadi penulis tersohor....

Rose dah bagi entri. Jadi saya upload gambar ajelah ye. Tak banyakpun ada 3 keping yang sempat diambil. Selebihnya diisi dengan makan2 dan gebang2.... Terima kasih kak Lily dan Abang Roslan....Semoga lebih murah rezeki....

Sexsuality and the disable

Sensasi! Hari pertama kuliah sudah diberikan ceramah sensasi. Elok-elok 30 minit Miss Chiang memulakan kelas terapi Muzik, kami sudah dipanggil Sudahlah puasa, puasa kami dikurangkan pahalanya dengan melihat gambar yang agak melelahkan....Yang dah kahwin rilek aje, tapi yang bujang2 tu merah juga muka...
Sebenarnya tujuan ceramah tu baik. Memberi kesedaran kepada kami, bakal pendidik pendidikan khas tentang tanggungjawab yang besar. Kami harus membantu anak-anak istimewa ini mengawal emosi dan rasa terangsang pada tekanan seksual mereka. Hahahaha.... Antara soalan maut yang dibincangkan, wajarkah seorang murid istimewa diajar cara untuk masturbate....hahaahaha bulan-bulan puasa ni nak bincang pula soal ini.
Ramai yang tidak tahu bahawa anak-anak istimewa ini punya rangsangan seksual sama dengan manusia normal. Cuma bezanya mereka tidak tahu bagaimana untuk 'melepaskannya' dengan cara normal atau mengawalnya. Pernahkah anda bayangkan murid lelaki masturbate dihadapan anda di dalam kelas setiap hari. Banyak yang terjadi murid istimewa dicabul oleh manusia normal yang telah diberikan akal. Tiba-tiba saja perut dia dah membusung dan kita tak tahu siapa punya kerja. Manusia normal yang tak punya otak....
Kanak-kanak ini harus diberikan seksual education. Menjadi tugas guru pendidikan khas memberikan mereka bimbingan.
Kanak-kanak normal juga sebenarnya harus diterapkan dengan sexsual education. Antara perkara yang kita boleh ajarkan anak-anak kita ialah :
1- Mengajar private part of the body. Ajar anak kita bahawa bahagian itu tidak boleh disentuh oleh orang lain walaupun oleh ibu, ayah atau kakaknya.
2-Memberitahu ibu atau bapa jika ada orang lain menyentuh bahagian sulitnya.
3-Belajar berkata tidak jika ada orang cuba memegang bahagian sulitnya.
4-Mengajar private room of the house seperti master bedroom untuk ibubapa di mana jika hendak masuk kena ketuk dulu. Tandas begitu juga.
5- Beritahu tandas lelaki untuk lelaki dan tandas perempuan untuk orang perempuan.
6-Bila sampai masa akhil baligh, ibu harus menjelaskan kepada anak perempuan perubahan pada dirinya, begitu juga dengan anak lelaki kepada ayah. Jangan memberikan tugasan menjelaskan isu ini kepada rakan sebaya mereka.
7-Beritahu anak supaya tidak mencium/memeluk orang yang bukan ahli keluarganya. Apabila sudah meningkat umurnya, jangan beri dia memeluk cium ahli keluarga terutama yang berlainan jantina.
8-Seboleh-bolehnya, asingkan tidur anak lelaki dan perempuan. Jangan bagi anak perempuan tidur sesuka hati di ruang tamu terutama bila anak sudah menginjak dewasa.
9-Profesionalisme seorang guru, hanya membenarkan murid istimewa menyalam sahaja dan tidak berlebih-lebihan dengan memeluk cium walau sayang bagaimana sekalipun dia kepada anak muridnya.

Belajar Membaca


Ada orang bertanya bagaimana mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat ataupun bagaimana mengajar murid bermasalah pembelajaran membaca kerana diketahui murid2 ini mempunyai ingatan jangka pendek. Hari ni ajar esok sudah lupa. Saya tidak pakar tetapi saya sudah menggunakan dua modul ini.

Kedua modul ini merupakan kaedah phonic iaitu kaedah membunyi, maksudnya cara lama kita diajar dulu kaedah mengeja. Dengan cara ini apabila nampak huruf atau suku kata, murid akan terus membunyi. Jadi mereka dapat menjimatkan masa mengeja yang boleh menyebabkan mereka cepat lupa.
Dua modul ini berlainan antara satu sama lain. Anda boleh mencuba kedua-dua modul ini dan juga kaedah mengeja. Cuba satu-persatu dan lihat mana modul yang paling bersesuaian dengan anak anda. Modul Bacalah Anakku, menekankan bunyi phonic a,i,u sedangkan exra pula memulakan modul dengan vokal a dahulu. Jika anda memilih cara konvensional iaitu mengeja, cuba masukkan kaedah tactile iaitu menggunakan semua deria yang ada pada anak-anak. Contohnya anda boleh melukis huruf di udara sambil memejam mata, mengeja sambil memejam mata dan menutup telinga, merasa huruf dari yang dibuat dari kacang hijau dan menulis dengan jari di bahagian belakang (berhampiran tengkuk). Kesemua cara sentuhan mesti menggunakan hujung jari telunjuk kerana dipercayai di situlah letaknya sensori paling sensitif dan bersangkutan dengan saraf otak.
Jangan paksa anak belajar membaca pada kadar yang terlalu lama. Memadai sepuluh minit sehari dan pastikan diikuti dengan aktiviti menyeronokkan.
Jika masih tidak boleh, dinasihatkan berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk didiagnos. Kadang-kadang mereka menghadapi masalah disleksia di mana mengajar mereka memerlukan guru pakar dan kaedah yang lain pula. Perkara utama yang harus diingati, persediaan kepada membaca harus diterapkan lebih awal semasa bayi lagi. Bagi bayi anda memegang buku seawal mungkin, bacakan mereka walaupun mereka tidak faham dan pastikan anda menunjukkan contoh yang baik seperti rajin membaca di hadapan mereka. Intervensi awal kanak-kanak bermasalah dapat membantu mereka cepat membaca. Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...