01 October 2007

Belajar Membaca


Ada orang bertanya bagaimana mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat ataupun bagaimana mengajar murid bermasalah pembelajaran membaca kerana diketahui murid2 ini mempunyai ingatan jangka pendek. Hari ni ajar esok sudah lupa. Saya tidak pakar tetapi saya sudah menggunakan dua modul ini.

Kedua modul ini merupakan kaedah phonic iaitu kaedah membunyi, maksudnya cara lama kita diajar dulu kaedah mengeja. Dengan cara ini apabila nampak huruf atau suku kata, murid akan terus membunyi. Jadi mereka dapat menjimatkan masa mengeja yang boleh menyebabkan mereka cepat lupa.
Dua modul ini berlainan antara satu sama lain. Anda boleh mencuba kedua-dua modul ini dan juga kaedah mengeja. Cuba satu-persatu dan lihat mana modul yang paling bersesuaian dengan anak anda. Modul Bacalah Anakku, menekankan bunyi phonic a,i,u sedangkan exra pula memulakan modul dengan vokal a dahulu. Jika anda memilih cara konvensional iaitu mengeja, cuba masukkan kaedah tactile iaitu menggunakan semua deria yang ada pada anak-anak. Contohnya anda boleh melukis huruf di udara sambil memejam mata, mengeja sambil memejam mata dan menutup telinga, merasa huruf dari yang dibuat dari kacang hijau dan menulis dengan jari di bahagian belakang (berhampiran tengkuk). Kesemua cara sentuhan mesti menggunakan hujung jari telunjuk kerana dipercayai di situlah letaknya sensori paling sensitif dan bersangkutan dengan saraf otak.
Jangan paksa anak belajar membaca pada kadar yang terlalu lama. Memadai sepuluh minit sehari dan pastikan diikuti dengan aktiviti menyeronokkan.
Jika masih tidak boleh, dinasihatkan berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk didiagnos. Kadang-kadang mereka menghadapi masalah disleksia di mana mengajar mereka memerlukan guru pakar dan kaedah yang lain pula. Perkara utama yang harus diingati, persediaan kepada membaca harus diterapkan lebih awal semasa bayi lagi. Bagi bayi anda memegang buku seawal mungkin, bacakan mereka walaupun mereka tidak faham dan pastikan anda menunjukkan contoh yang baik seperti rajin membaca di hadapan mereka. Intervensi awal kanak-kanak bermasalah dapat membantu mereka cepat membaca. Selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...