17 October 2007

Pondok


Pernah dengar orang kata, "Masuklah rumah pakcik ni, pondok buruk je." Selalukan orang kata begitu bila kita bertandang ke rumahnya. Tapi sebenarnya rumah dia bukanlah pondok pun. Ia sekadar berbasa basi sebagai rendah diri tuan rumah. Tengok2 pondok buruk yang dia kata tu banglo. Tapi ini betul-betul pondok. Boleh bayangkan pondok yang dijadikan rumah? Pertama kali dikhabarkan akan menjengah saudara ke pondok, saya bayangkan macam dialog di atas tadi. Dalam kepala, rumah tu taklah seperti dalam gambar ni. Tapi bila dah menjejakkan kaki, kelakarnya dalam kepala saya, betul-betul pondok rupanya, ingatkan main-main. Saya bukan bertujuan menjatuhkan empunya rumah tetapi mengenangkan kebodohan saya tu.
Rumah pondok di Kedah dan dengarnya ada juga di Kelantan, kebanyakannya diwakafkan oleh orang berada supaya warga tua ataupun sesiapa yang berminat dapat belajar mendalami ilmu agama, di sekolah pondok. Rumahnya memang kecil, muat untuk dihuni maksima 2 orang tetapi cukup fasiliti seperti bilik air, ruang tidur dan dapur. Memandangkan kawasan terhad, maka pondok ini dibina berdekatan antara satu sama lain dan surau atau masjid di tengah-tengah kawasan.

1 comment:

Abang Long said...

Errrr.... Assalamu'alaikum ... eh, betulkah ini pondok Pokcik Mersik ?

"kalau betul, dimanakah dia kolam renang yang terletak dibelakang rumah ?" ....


KOM-PI-US ni !!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...