14 November 2007

Belajar main gitar



Laila belajar main gitar?Alahai! Merapu tak sudah-sudah tapi ia memang benar. InsyaALLAH mulai minggu depan, saya akan mula belajar main gitar. Alah...gitar kapok je. Entah boleh ke tidak petik gitar tangan ni entahlah. Awal-awal lagi dah kena gelak dengan adik saya Mas kerana saya beritahu nak pinjam gitar adik ipar, Amran beserta note nya sekali. Siap dah bagitahu nak belajar lagu Bukan Aku Kerispatih.

Banyak sangat yang saya nak belajar benda-benda baru dalam hidup ini. Saya tak suka melakukan perkara yang sama setiap hari. Harap TUHAN janganlah benakkan hati saya belajar main gitar dengan Fuza. Manalah tahu suatu hari nanti Cikgu Laila boleh main gitar untuk P&Pnya dalam kelas. Tinggi angan-angan tu!

2 comments:

Rose Harissa (NORA) said...

ko nk belajar men gitar? ko tau tak... aku dah 10 taun x men gitar... gitar kapok aku, dh tergantung di dinding, sampai naik berkarat talinya... ko jgn angat2 taik ayam eh? aku nak dgr ko men lagu satu kat aku! hahaha

laila kamilia said...

kah-kah-kah...nanti kita buat band tali berkarat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...