14 November 2007

Resepi Kuih Tako

Kuih tako yang sudah siap tapi dimasukkan ke dalam bekas.
Sengkuang ditabur dulu di dalam acuan dari daun pandan
Potong sengkuang kecil-kecil
Bancuhan bahagian bawah
Tuang bancuhan dalam acuan dan masak bahagian atas pula
Lelaki pun boleh buat juga, tentu sinang bah!


BAHAGIAN BAWAH

sengkuang cina

1 cawan tepung jangung (diayak)

11/2 cawan gula pasir

6 cawan air

pewarna hijau


BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)

6/7 cawan santan segera yang dilarut bersama air

sedikit garam


CARA MEMBUAT

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.

2.Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.

3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun.

4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

4 comments:

connie said...

i ada terbaca tentang penggunaan tepung hong kong...apa beza klau guna tepung jagung n tpg hong kong tu?

ruzie said...

salam, lama dah saya nak cuba resipi nie...TQ sudi kongsi resipi...

rostina76 said...

salam...saya guna resepi u la belajar wat kuih tako ni. Ada jmp yg guna tepung hong kong tu tapi @rumah xde stok itu yg trus ikut cara u yg i rasa lebih senang& bahan2 pun senang cari.tq ye sis. btw jenguk le blog saya f nak tgk hasil kuih tako yg saya bt. kwn2 yg lain pun sudi2 le tgk. klau terliur, u al bt sendiri le ye.heheh

Lin Azlina said...

kalau tahu leh guna tepung jagung, takyah beli tepung hkong tu td...huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...