06 November 2007

Tak bolehkah datang raya?

Kunjung mengunjung amalan mulia
nilai tradisi budaya kita
Kalau tak buat rumah terbuka
tak bolehkah nak datang beraya

Amalan mengadakan rumah terbuka atau dalam bahasa Omputihnye Open House mula diperkenalkan pada lewat 90an dan semakin menjadi-jadi trendnya era alaf baru ni. Bagusnya rumah terbuka ni, sesiapa saja boleh datang ke rumah sekalipun tak kenal sebelum ini. Masa ini digunakan untuk lebih beramah mesra dengan tetamu tetangga. Makanan pun banyak dan yang penting free. Sedap punya pasal sampai dua tiga pinggan kita bedal. Bila masuk rumah ke tiga, kita hanya jamu mata dan minum air saja.
Cerita pasal rumah terbuka, macam-macam ragamnya. Paling saya tak boleh lupa semasa ikut abang ke rumah seorang Pegawai Daerah di satu negeri. Bos abang beria-ia cakap, dekat saja ikut highway. Sekali punyalah jauh baru boleh sampai. Lepas tu boleh sengih lagi dan cakap, "Kalau aku cakap jauh, kau gerenti tak nak ikut punya."Boleh gitu? Berasap telinga dan berasap buntut duduk lama dalam kereta. Apapun bila orang dah menjemput, kenalah kita cuba sedaya upaya untuk hadir. Malah kalau kita berpuasa sunatpun kita boleh berbuka demi menghormati jemputan.


Berbalik kepada isu tadi, benarkah amalan rumah terbuka ini sudah terlalu relevan sehingga mengenepikan amalan kunjung-mengunjung kita dahulu yang beraya tak perlu dijemput-jemput. Bagi orang yang masih mengamalkan nilai tradisi (beraya tanpa dijemput), saya panas telinga bila setiap kali saya nak pergi melaksanakan misi Pah Bedah saya (serbu rumah orang nak beraya), abang akan cakap orang tak jemputpun, tak buat rumah terbuka, nak buat apa datang, orang tak sedia nak terima tetamu. Tapi saya tetap mengatakan bila raya, tak buat rumah terbukapun kita tetap boleh datang raya kan? Kalau tak, apa gunanya beli kuih raya kan? Tak ada kuih raya? Air bujang pun apa salahnya. Janji matlamat berkunjung itu tercapai....

4 comments:

Anonymous said...

ina..... maaf la raya ni belum sempat nak beraya ke villa hang... tahun ni puasa ntah ke mana.. raya ntah ke mana... aku mabuk gila.... opis pon jarang-jarang aku jengah... kuar masuk sepital je kejenya... alhamdulillah.. tuhan beri rezeki anak ke-2 di bulan puasa... even seksa menahan mabuk yg gila-gila... syukur tak terhingga... nnt kalau sehat.. kita jumpa ek.. rindu nak jumpa hang... anyway, atoi kata ader gathering ex-kypm on 24/11/2007 @ Tasik Perdana... sesiapa nak join.. sila contact Yag 019-3474643... - liza

laila kamilia said...

ko macam yo,o yo,o je cakap aku tak baca komen ko dalam blog. ko baru je tinggal jejak pagi tadi. Masa aku call tadi ceritanya macam dah berkurun aku tak tengok blog aku ni.hhehee.
tasik perdana tu minta maafle sebab aku ada kursus. apa kata cadangan awal aku tu diikuti, reunion rumah aku dulu sabtu ni...

YaNa said...

terasanya aku... akak, maaf kalau hari open house kak ju saya tak jemput pun datang rumah. tapi tak salahpun kalau saya tak jemput akak nak datang.. cuma waktu kedatangan akak tu saya maseh otw.. sampai rumah terus terpeleot, entah2 akak pun dah balik.. pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk korang... kawan2 yang setia... jangan kecik2 ati ye, bersalah lak I...

laila kamilia said...

alamak...dah ada orang terasa pulak bila baca n3 aku. jangan terasa yana, akak kalau nak datang main serbu aje...heeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...