11 November 2007

Terima kasih semua


Kesempatan bertemu rakan taulan yang sudah lama tidak bersua
Sekitar jam 12.00 tengahari, sudah ramai yang hadir
Teh dan Ajie membantu apa-apa patut, kalau tak ada mereka, entahlah...
Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai. Yang tak selesai lagi cuma mengemas rumah dan sakit-sakit badan kerana kepenatan. Sepatutnya majlis ini dibuat awal-awal lagi biarlah waktu awal Aidilfitri tetapi saya sibuk pula dengan peperiksaan akhir yang baru berlalu 5 November lalu majlis ini tertundalah sehingga semlam 10 November iaitu bersamaan hari terakhir Aidilfitri.
Majlis Rumah Terbuka ni (alamak rasa macam gah sangat nak guna istilah tu, apa kata guna istilah jamuan makan aje ok) saya gembira sangat sebab ramai rakan, saudara mara dan teman sepejabat yang hadir. Malam sebelumnya jam 1.00 pagi setelah selesai orang memasang khemah, saya bertanya abang, adakah orang yang nak hadir. Alhamdulillah setelah dihitung hampir 300 jemputan hadir jamuan itu. Makanan pun semuanya habis dan tukang masak gembira buah tangannya selamat masuk ke perut (tiada yang cirit-biritkan!)
Majlis dibuka oleh Lynn Dayana dan Rose Harissa jam 10.30 pagi. Kami berbual sementara menunggu masakan terhidang jam 12.00 tengahari. Mereka serang saya pagi-pagi tetapi saya dah bersedia. Lemang dan rendang saya hidangkan bersama dadih kepada mereka. Kak Lily Haslina dan keluarga selepas itu, diikuti Lily Suriani dan Che Bi (hiasan laman) turut hadir. Terima kasih atas kunjungan anda.
Rakan-rakan ex KYPM, Kota Bharu:Yani, Yantie, Yeng, Amri, Terima kasih dan maaf tidak dapat bersama kalian ke reunion 24 Nov. ini.
Rakan-rakan ex HRC:Hadi, Yana, Ju dan Aniza, Kehadiran anda sangat dihargai.
Rakan-rakan di SK Jalan 6, Bangi: Kak Aya, Kak Midah, Umi, Musliza, Kak Sariah, Kak Faezah, Kak Zarina, Hanim, Terima kasih kerana masih mengingati diriku yang kerdil, yang hadir seketika dalam hidup kalian
Saudara-mara: semoga ukhwah terus terjalin
Juga sekalung penghargaan yang tak terhingga buat warga BPO, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya yang memang memeriahkan majlis. Tanpa anda semua, tidak sempurna majlis ini.
Untuk rakan-rakan yang tak dapat tertuliskan di sini, Penghargaan yang terhingga.
Untuk Dr. Imran Syakir yang sudah memberi keizinan untuk wataknya di dalam Citra Pesona, terima kasih dan doakan saya sempat melakarkan kisah ini dengan sebaiknya.
Untuk semua-semua yang hadir, juga yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, terima kasih yang teramat dari Laila dan Aedy Fadly. Atas segala kekurangan penganjuran majlis ini, kami sekeluarga memohon maaf zahir dan batin!

5 comments:

Abang Long said...

TAHNIAH. Kerana majlis berlangsung dengan jaya. TERIMA KASIH kerana sudi menjemput abang long. Dan maaf, kerana tidak dapat hadir atas masalah peribadi yang amat mendesak.

laila kamilia said...

tak apa, di lain masa ada kesempatan lagi....harapnya biarlah sihat sejahtera yang di kampung tu yer...

Anonymous said...

maaf tak berkesempatan nak hadir.. anyway majlis nampak meriah sgt.. jgn ambil hati yer...... ada masa sampai la aku & family.... tungguuuu........ - liza

Anonymous said...

maaf tak berkesempatan nak hadir.. anyway majlis nampak meriah sgt.. jgn ambil hati yer...... ada masa sampai la aku & family.... tungguuuu........ - liza

Adigun said...

Hello Laila Kamilia...

Kim salam Aedy byk2... kami dulu sama2 peminat team bola kedah...

Terima kasih byk2 buat laila, aedy dan keluarga yg dah byk membantu dr dulu hingga sekarang...

moga dimurahkan rezeki dan diberkati allah.. aminn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...