19 November 2007

Tuna Lihat


Kisah ini diceritakan oleh pensyarah saya dalam kelas PJ Suaian. Dia punya pelajar yang istimewa di mana mengajar pelajar bermasalah penglihatan. Dia melatih guru-guru pelatih yang bermasalah penglihatan. Istimewanya IPG saya, ada beberapa pelajar yang bermasalah penglihatan belajar. Tentu sebagai orang yang normal hairan bagaimana melihat mereka boleh belajar dan mengajar orang lain pula. Jangan hairan bila mereka ini adalah guru yang mengajar anak kita di sekolah. Lihatlah kelebihan mereka.
Mereka mula-mula datang ke IPG dengan rakan yang normal untuk mengelak ditipu. Mereka akann menghafal jalan ke IPG dengan deria mereka yang lain. Setiap belok, berapa bumper, berapa traffic light akan dihafalnya. Kalau pemandu teksi bawa jalan lain mereka boleh tahu.
Bila dah biasa mereka akan pergi sendiri. Mereka menghafal bilangan langkah dan berpandukan arah suara. Pernah pensyarah saya di tempat letak kereta sedangkan mereka ini hendak ke bilik PJ. Mendengarkan suara pensyarah mereka berhenti padahal tidak sampai lagi.
Oleh itu jika anda nampak tanda orang buta melintas jalan atau memang ternampak mereka sedang melintas, jangan sesekali menekan brek dengan kuat atau menekan hon. Ini kerana kejutan itu akan membuatkan mereka hilang arah dan terlupa kiraan.
Saya mulanya hairan semasa sukan, mereka ini ada menyertai acara lumba lari. Macam mana mereka nak lari sedangkan mereka tidak upaya. Rupanya kaki mereka diikat bersama orang normal sebagai pemandu arah. Mereka lari saja hingga wisel tamat dibunyikan sebagai tanda sudah sampai ke garisan penamat.
Pesanlah kepada murid-murid yang diajar guru istimewa ini supaya janganlah cuba menipu mereka kerana deria keenam mereka sangat kuat. Mereka akan tahu bila masa anda berbohong kepada mereka.

2 comments:

Anonymous said...

adik mak aku cacat penglihatan orangnya tapi betul kata ko, jgn nak tipu dia, dia akan tahu juga.dia blh naik bas sendiri dan turun di tempat yg betul. yg paling lawak, dia kata muka aku,cara aku cakap sebijik macam mak aku. masa tu aku gelak golek2 tapi bila ada org celik bgtau aku benda yang sama, aku percaya. n aku selalu test dia,tanya rupa anak aku macam mana, jgn terkejut apa yang dia cakap tu semuanya betul. Hebat kan? ~lily-s~

laila kamilia said...

itu kuasa Tuhan... kita selalu saja nak under estimate kebolehan mereka. menariknya ada kelas di sini yang orang celikpun boleh rasa kehidupan buta. tapi sayang aku tak merasa ke kelas tu...aku ingat kalau sehari aku menjadi buta, habis semua benda aku langgar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...