07 December 2007

Hari Keluarga BPO, JPA 2007

Tiba jam 8.30 pagi di tempat letak kereta, kami dibawa masuk ke perkarangan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam menaiki bas JPA. Hardy dah kembang hidung sebab dapat naik bas. Si Hariz yang tak tahu apa turut sama kembang hidungnya. Kesian budak sekarang, dapat naik bas macam orang dulu-dulu merasa naik kapal terbang. Almaklumlah makhluk bernama bas ini bukan senang nak dapat naik sebab celik-celik mata dah ada kereta walaupun ketika itu kami hanya berkancil.
Turun dari perut bas, kami disambut oleh kicauan unggas-unggas yang sedang mencari sarapan pagi. Dengan tiba-tiba kami disapa oleh seseorang memberi salam...rupanya burung kakak tua. Kami berjalan dalam 500 meter dan disapa lagi oleh kuda, burung unta dan itik-itik yang bergembira di kolam. Si Hariz bersemangat hinggakan hendak joint sama sekawanan itik itu di kolam.
Hari keluarga yang bertema warna oren ini meriah. Banyak acara dipertandingkan. Hardy sempat masuk acara mewarna dan menang tempat ke 5. Anak teruna saya ni pemalu, hingga terpaksa digertak tak dapat main game baru dia hendak mula mewarna. Acara kedua yang disertainya rebut gula-gula. Hardy ada sejarah pasal rebut gula-gula ni. Dulu masa umurnya 4 tahun, dia pernah kena himpit masa masuk acara ni, jadi dia fobia sikit. Tapi setelah abahnya ikut masuk campur, dia terpaksa masuk juga. Akhirnya dapatlah tempat ke 4 dengan jumlah 90 biji gula-gula. Penuh juga bajunya dengan gula-gula. Saya tak dapat bayangkan bagaimana pemenang tempat kedua yang berjaya mengutip 180 biji, iaitu 2 kali ganda dari yang dikutip Hardy. Agaknya dengan apa dikautnya gula-gula tu ek?
Acara seterusnya, budak-budak terjun kolam, mandi. Saya sekadar jadi pemerhati. Kami suami isteri tak masuk apa-apa acara kerana abang jadi urus setia....bermakna kena urus dan setialah jawabnya. Apapun ia merupakan hari yang menggembirakan terutamanya kepada anak-anak. Balik tu Hardy bersemangat nak naik bas lagi tapi abahnya siap hantar ke pintu kereta dengan kereta. Melepaslah dia... Nak pergi kawasan 4 musim, abahnya masih ada kerja urus dan setia. Terpaksalah kami datang lain kali....



1 comment:

YaNa said...

Wah3... Seronok la budak2 tu dapat naik bas ye? Saya boleh bayang macam mana muka dua teruna tu naik bas. Mesti kelakar gile. theheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...