17 December 2007

Konvokesyen Hardy





Majlis ini berlangsung pada 11 November 2007 yang lalu di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Macam sekejap saja masa berlalu hinggakan tidak sedar Hardy sudahpun menggenggam segulung skrol di majlis konvokesyennya. Saksikan rakaman lensa yang menyaksikan betapa gembiranya Hardy dengan skrollnya.




Majlis konvokesyen ini tiada diserikan dengan pesta konvo. Jangan tertipu! Ini hari konvokesyen Hardy untuk kelas tadika Krista. Bertuahnya anak sekarang, belumpun masuk sekolah rendah sudah boleh memakai jubah.

Majlis ini istimewa kerana bukan Canselor yang menganugerahkan skrol tetapi ibubapa murid sendiri yang melakukannya. Satu simbolik bahawa pendidikan anak-anak seharusnya ibubapa yang memainkan peranan. Sekolah hanya sebagai pengantara dan ibubapalah yang memainkan peranan utama.

Petang itu kami disajikan dengan pertunjukan oleh anak-anak seawal usia 3 tahun yang menari. Huru-hara juga pentas dengan aksi anak-anak itu tetapi namanya juga anak-anak. Telatah mereka begitu mencuit hati. Saya begitu tersentuh dengan nyanyian patriotik dan I LOVE U yang ditujukan khas kepada ibubapa oleh anak-anak 5 dan 6 tahun. Begitu anak-anak ini sangat bersemangat menyanyikan lagu-lagu itu.

Saya bersyukur dengan tamatnya kelas tadika Hardy, seorang kanak-kanak lelaki yang baru telah dilahirkan semula. Hardy bermula sekolah agak lewat iaitu pada usia 6 tahun (disebabkan sakitnya dia hanya diasuh seorang oleh pengasuhnya sehingga umur 6 tahun). Jadi dia kurang bersosial dan lewat belajar secara formal dari kanak-kanak lain. Tetapi di akhir kelas tadikanya, dia sudah boleh membaca dengan agak lancar dan boleh menyelesaikan tugasan Matematik dengan baik. Dia juga sudah boleh bergaul dengan baik dengan kanak-kanak lain. Terima kasih kepada guru-guru Krista yang begitu komited mendidik anak saya. Semoga ALLAH merahmati usaha guru-guru ini.

Hardy dan bakal menantu yang telah ditempah Laila siang-siang, Aliya. Nampak sepadan tak?

1 comment:

Anonymous said...

Nama "krista" tu amat tidak sesuai kerana dia mirip kepada "christ" dan kalau nak didik anak2 cara begini, dengan pilihan nama yang nasrani, baguslah, sebab tu ramai yg murtad sekarang oi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...