07 December 2007

Sayonara

Akhirnya....
saya berjaya juga menghabiskan setahun yang huru hara. Pertama kali melangkah ke IPIK Januari lepas, pensyarah-pensyarah memberitahu, sebaik kamu melangkah keluar dari pintu pagar ini hujung tahun nanti, kami akan pastikan bila orang melihat kamu, sekali pandang saja orang akan dapat meneka kamu adalah seorang guru. Mmm.... memang mereka sudah membuktikan yang mereka benar!
semua siksaan telah berlalu
ku genggam janji
ku ingat selalu
padamu yang telah menabur bakti
aku bangga menjadi warga
walau seribu kekurangan
walau sejuta kepayahan
benar
aku bangga menjadi guru

Teringat kata-kata si Fuza anak manja Pakcik Fuat, kak azam saya masuk ke sini dua aje. Dengan lurus bendulnya saya bertanya kenapa. Katanya satu, berjaya menghabiskan KPLI tanpa membunuh diri dan dua tak ambil dadah. Saya ingin ketawa. Takkanlah tekanan di sini boleh membuatkan seorang bakal guru melakukan dua perkara bodoh macam itu. Saya akui banyak tekanannya sepanjang setahun ini. Tetapi saya merasakan tekanan itu akhirnya telah menjadikan Fuza saya seorang anak yang berdikari. Dia merupakan pelajar cemerlang dan paling penting dia berjaya menamatkan KPLI dengan kedua-dua azamnya tertunai. Untuk semua-semua pelajar KPLI ambilan Januari 2007, terima kasih kerana menjadikan anda sebahagian dari hari-hari yang menggembirakan dalam hidup saya. Jumpa lagi masa konvo nanti dan selamat bertebaran di bumi Malaysia!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...