30 January 2008

30 Januari 2008 - Hariz Hakimy Fadly 2 Tahun



Hari ini genap 2 tahun kelahiran Hariz Hakimy Fadly.... Sekejap saja pejam celik sudah 2 tahun anak teruna saya. Tahun lepas saya bising-bising dia tidak boleh bercakap lagi walaupun sudah setahun setengah. Saya memberinya sesi terapi pertuturan tetapi walau sekerap mana saya berusaha, dia masih tidak boleh bercakap. Namun akhirnya bila dia menghampiri usia 2 tahun, alhamdulillah dia sudah boleh mencantum dua perkataan seperti "yak, cuci". Dia juga suka mengajuk apa yang orang lain cakap misalnya Ya Allah. Hinggakan kami ketawa dengan pelat dan petahnya berbicara. Saya akur, jika dia belum bersedia, saya tidak boleh memaksa dia mempelajari kemahiran baru sekalipun megikut teori pertumbuhan dan perkembangan manusia, dia sudah sepatutnya mula menguasai sesuatu kemahiran. Mungkin saja saya seorang ibu yang terlalu obses dengan perkembangan anak-anak.

Sambutan kelahiran Hariz kali ini kami sambut di Yankies Hut, Bangi jam 8 malam tadi. Selalunya kami sambut Hari Lahir anak-anak dengan menyambutnya sama ada di rumah atau di kampung. Namun, Hardy pernah juga sambut hari jadinya di tadika Krista. Seperti selalu, kek dan hadiah adalah dua benda wajib yang akan ada dalam sambutan hari lahir kedua2 anak teruna saya itu. Kali ini kami belikan kek coklat (sebab kami sekeluarga memang suka coklat!). Hariz meniup lilin dua batang di atas kek dan menerima hadiah kereta sorong mainan (seperti gambar di atas).
Saya bersyukur. Hariz sudah semakin membesar. Teringat semasa kelahirannya. Dia tidak cukup bulan tetapi tidak sabar untuk melihat dunia. Memberi peluang supaya saya dapat memberi tumpuan kepada Hardy yang ketika itu perlu dibedah di IJN. Hardy pernah menangguh pembedahannya sekali kerana saya sedang sarat mengandungkan Hariz. Lahirnya juga cukup dramatik. Saya tidak tahu yang akan dibedah kerana kedudukannya songsang. Ketika itu saya bertarung antara hidup dan mati. Saya dibius separuh sedar dan semasa ditolak masuk ke wad pembedahan, segalanya menjadi begitu pantas.
Kini anak bertuah itu sudah dua tahun usianya.... Cepatnya masa berlalu dan saya harus akur, saya semakin tua... Terima kasih kepada abang yang menghadiahkan saya seorang Hariz Hakimy, pelindung yang bijaksana.

Cantiknya Avilla Apartment

Pertama kali melangkah kaki ke apartment ini, saya terpegun. Tak hairan, dekorasi dan perabot di dalam rumah ini berharga RM 85K. Saya ke sana kerana menemankan seorang teman rapat yang sedang merealisasikan impiannya untuk punya sebuah rumah sendiri. Hiasan dalamannya superb! Moden dan ringkas. Lalu saya mula berangan untuk membuat dekorasi ini di rumah saya nanti. Laila memang suka sangat berangan!
Kepada sahabat saya yang namanya terpaksa dirahsiakan buat masa ini, saya harapkan dia akan dapat buat keputusan bijak. Apartment Avilla ini memang cantik. Pemajunya IOI Properties, terletak di tengah bandar Puchong dan Bukit Jalil. Strategik! Paling best ada kolam renang dan sekuriti terjamin. Saya dah berangan nak terjun dalam kolam renang sahabat itu nanti jika dia betul-betul beli rumah tu. Walau apapun, best of luck. Semoga dia buat pilihan tepat. Walau apapun jenis rumah dan di manapun dia beli, InsyaALLAH saya akan terjah juga!

28 January 2008

Kenali Johnny Depp




























John Christopher Depp II (Johnny Depp) dilahirkan pada 9 Jun 1963 di Owensboro, Kentucky, Amerika Syarikat. Memulakan kerjaya sebagai pelakon TV dengan membintangi siri hit TV suatu waktu dahulu The 21 Jump Street (best siri ni...) dan kemudiannya ditawarkan watak utama dalam The Nightmare on Elm Street (tapi bukan sebagai Freddy Kruger si hantu ganas tu) dan sejak itu, Depp tidak menoleh ke belakang lagi.

Siapa yang boleh lupa lakonan berkesan Depp yang membawa watak lelaki gunting dalam Edward Scissorhand. Lakonan mantap Depp dan jalan cerita menarik arahan Tim Burton itu telah menjadikan filem itu sukses di serata dunia. Bermula dengan filem itulah, persahabatan Depp dengan Tim Burton menjadi akrab, dan lahirlah filem2 hits Depp yang diarahkan oleh Burton seperti Sleppy Hollow, Nightmare Before Christmas, Corpse Bride, Charlie and The Chocolate Factory dan yang terbaru (yang akan saya tonton), Sweeney Todd, The Demon Barber on Fleet Street.
Depp gemar membawar karakter yang berlainan dalam setiap filem lakonannya. Hampir setiap watak berjaya dibawakan dengan sempurna. Tidak hairanlah dia boleh membawa apa jua watak yang diberikan kepadanya baik ganas, lucu, kejam, romeo dan lain-lain. Namun karakter yang paling diingati tentulah karakter Captain Jack Sparrow yang dibawanya melalui trilogi Pirates Of The Caribean. Bayangkan lakonannya itu dipilih sebagai calon best actor Academy Award tahun 2003 (Savvy?) dan Bill Nighy (pelakon watak Davy Jones dalam POTCII dan III), menyatakan bahawa lakonan yang dibawa oleh Depp sebagai Jack Sparrow adalah "One of the most popular performances of recent times".
Kenapa saya meminati Johnny Depp? Bukan kerana kehensemannya tetapi kerana dia seorang yang universal. Berilah apa saja watak dan dia pasti berjaya menarik minat penonton dalam menghayati lakonannya. Yang pastinya, saya akan teruskan menonton filem2 Depp selepas ini.

27 January 2008

AJL 22 - Tahniah Juara dan TV3!


Anugerah Juara Lagu ke 22 (AJL22) baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi. Seperti biasa, kejutan AJL memang ada. Lagu yang dijangka juara tidak merasa malah lagu yang tidak pernah disebut2 pula muncul juara. Namun saya percaya pemilihannya adalah telus dan tiada campurtangan pihak lain dalam menentukan keputusan. Abang meneka Dato Siti tapi dengan hampa tiada satu pun kejuaraan miliknya tahun ini, apatah lagi Dato Siti baru sahaja kembali menyertai AJL setelah bertahun2 'menarik diri'.
Apapun tahniah buat TV3 kerana berjaya lagi menganjurkan anugerah yang paling ditunggu rakyat Malaysia saban tahun. Perkenalkanlah anugerah lain, AJL tetap di hati rakyat Malaysia sejak ia memulakan produksinya 22 tahun dahulu. Saya memang mengikuti hampir setiap tahun AJL dan setiap kali AJL berlangsung, pasti muka ini akan berada di depan tv sehinggalah program itu tamat. Yang pastinya saya tetap akan setia menonton AJL di tahun2 akan datang. Tahun depan, mungkin saya akan ikuti AJL melalui internet. Wallahualam...
Senarai Pemenang AJL 22:
1. Vokal Terbaik : Jaclyn Victor dan Lah Ahmad (Ceritera Cinta)
2. Persembahan Terbaik : Mawi (Angan dan Sedar)
3. Juara Etnik Kreatif : Nora (Samudera)
4. Juara Pop Rock : Estranged (Itu Kamu)
5. Juara Balada : Sahri/Kaer (Izinku Pergi)
JUARA LAGU 22 : Itu Kamu (Komposer: Estranged, Lirik: Rich, Nyanyian: Estranged)

26 January 2008

JobsDB.com Career Fair 2008

Dear Jobseeker,
Mark Your Calendars!



Date: 28 February to 1 March 2008

Time: 11am - 9pm

Venue: KL Convention Centre, Hall 1 & 2


Meet quality employers from across the Asia Pacific region! Over 10,000 jobs will be available! Find job opportunities from multinational companies, overseas companies, manufacturing companies, engineering companies, insurance companies, human resource consulting firms, hotels and banking and financial institutions.

Atonement: Tanggungjawab seorang Novelis


Filem ini arahan Joe Wrights yang pernah menggemparkan dunia perfilemen dalam debut filem Pride & Prejudice. Berdasarkan sebuah novel yang ditulis oleh McEwan berlatarbelakangkan tahun 1935. Mengisahkan tentang seorang penulis bernama Briony Tallis. Novel ini adalah novel terakhir dihasilkannya mengisahkan kisah hidupnya pada usia 13 tahun.

Pada usia yang begitu muda, Briony telah jatuh hati kepada Robbie yang merupakan anak orang suruhan di rumah agam mereka. Robbie telah diberikan pelajaran sama seperti anak-anak tuannya dan beliau akan melanjutkan pelajaran ke universiti tidak lama lagi. Walau bagaimanapun Robbie sebenarnya mempunyai hubungan cinta dengan kakak Briony, Cecilia yang sebaya dengan Robbie.

Segalanya menjadi kusut bila Robbie pertama kali meminta Briony menyampaikan hasrat hatinya kepada Cecilia. Dalam surat itu tercatat ayat-ayat 'cinta' yang mengikut pemahaman cetek Briony pada ketika itu sebagai lucah dan memalukan. Dia mula berprasangka. Tambahan pula bila matanya menyaksikan bagaimana aksi Cecilia dan Robbie 'bercinta'.

Suatu hari, seorang sepupunya dirogol dan Briony yang wasangka serta iri dengan Robbie-Cecilia telah membuat pengakuan bahawa dia saksi Robbie merogol sepupunya.

Segalanya berubah. Robbie dipenjarakan dan kerana perang, dia ditawarkan menjadi askar. Cecilia dan Robbie terpisah tetapi cinta mereka tetap membara hingga ke akhirnya.

Namun setelah dewasa, Briony diburu rasa bersalah terhadap Robbie dan Cecilia. Dia cuba membetulkan keadaan namun segalanya telah terlewat. Tetapi tiada istilah terlewat bagi seorang penulis yang menguasai 'dunianya' sendiri. Dengan pena, Briony yang ketika itu sudah berusia 70 tahun, menyatakan kebenaran melalui novelnya yang terakhir.

Filem ini amat menarik untuk ditonton. Banyak aksi twist and turn juga cerita dari sudut pandangan individu lain diselitkan sehingga penonton beberapa kali terpukau dan teruja untuk mengetahui kisah seterusnya. Filem ini memenangi Anugerah filem Terbaik untuk Anugerah Golden Globe dan dicalonkan 7 kategori untuk Anugerah Academy.

Cinta Mekar Dihati-Rose Harissa

CINTA MEKAR DI HATI merupakan novel terbaru daripada Rose Harissa, kini sudah berada di pasaran.
Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.
Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.
Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.
Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.
Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!
Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran
Cubalah baca buah tangan terbaru novelis yang kreatif dengan nilai seninya. Di pasaran mulai sekarang!!!

23 January 2008

Lee Chong Wei Menang lagi!

Walaupun berita ini sudah basi, saya maih mahu memperkatakannya. Lee Chong Wei menang lagi menjuarai Malaysia Open untuk kali yang kelima dalam sejarahnya.
Petang itu tarikhnya 20 Januari hari Ahad saya bersila di depan TV tidak sabar menantikan aksi Chong Wei. Jejaka dari Pulau Mutiara ini turun dengan wajah yang tenang. Hati saya berdebar-debar. Bukan kerana memandang wajahnya tetapi tidak sabar menyaksikan aksinyanya di gelanggang badminton.
Rekod pertemuan dengan Lee Jung Il pemain dari Korea Selatan yang bakal ditemuinya adalah 4-4. Memang perlawanan ini dijangka sengit sekalipun kalau ikut ranking IBF, Chong Wei di ranking nombor 2 dunia sedangkan Jung Il 21.
Chong Wei menawan petang itu pada aksi permulaannya dengn drop shot dan pemainan kilas (back hand) di jaring yang cukup memukau dan memikat. Saya tabik spring habis bila tengok kemahirannya melakukan back hand itu. Superb! Beliau menang bergaya di set pertama.
Tetapi di set kedua, Chong Wei kelihatan tidak bermaya. Saya sedikit kecewa. Dia memberikan peluang kepada Jung Il untuk membuat serangan demi serangan. Jung Il yang sememangnya pakar jumping smash menyerang dan menyerang hinggakan Chong Wei kalah di set kedua.
Set ketiga, Chong Wei menukar pakaian memakai jersi hitam yang membawa tuah kepadanya. Dia mengulangi aksi set pertama lalu menang ke atas Jung Il. Permainan kelas pertama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain. Langsung tidak rugi menontonnya. Kalaulah saya boleh ke stadium....
Tahniah Lee Chong Wei! Wira Malaysia!

Kenali dirimu melalui bulan kelahiran (Disember)

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan Disember dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
*Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

SELEBRITI LAHIR PADA BULAN INI
*Britney Spears -2
*Brendan Fraser - 3
*Ludwig Van Beethoven - 16
*Katie Holmes - 18
*Denzel Washington - 28
*Julianne Moore, Tiger Woods - 30
*Val Kilmer - 31

KESAYANGAN LAILA LAHIR PADA BULAN INI
* Rose Harissa- 3
* Juhaida -17




* Amna Nafisah -2 tahun (anak saudara saya yang cukup manis dan nakal, pernah menggugurkan kandungan ibu kucing!)



Kepada semuanya tidak terlewat untuk saya ucapkan Selamat Ulangtahun. Semoga tahun baru ini memberi satu rahmat kepada semua!

22 January 2008

Ingatkan Saya Seorang Jer...



21 Jan – Monster movie and disaster film "Cloverfield" takes top spot in USA and local box office charts, even going so far as to chalk up the highest January weekend gross ever in America – but walkouts have been reported at cinemas due to the dizzying effect of the movie.

Many cases of patrons leaving cinemas have been reported since the much anticipated movie premiered on 18 January 2008. Joyce Lyme, 26, a shop manager from Oklahoma City, told that she walked out of the screening hall about 20 minutes into the movie because the 'impact' of the movie made her "seasick"."I tried closing my eyes and listening to the dialogue but that did not work. I had to walk out, leaving my boyfriend to continue watching the movie," she said. "I managed to get my money back from the box office after explaining my problem. The counter guy told me that many patrons walked out of the movie since it opened last Thursday."

Many cinemas in the US posted warning notices that "Cloverfield" may cause motion sickness to some patrons. Despite this, some cinemas allowed patrons to claim a 'rain check' (a voucher for another show) while others allowed a refund if reasons given were valid.On the home front, cinema staff of GSC 1 Utama have reported at least two patrons actually throwing up during a screening of "Cloverfield".

Many cinemagoers in Malaysia also complained that the film made them physically sick and eyewitnesses report that many patrons left the cinema midway, unable to continue. It is unknown just how prevalent exactly is the phenomenon but the cost of maintenance for cinemas is understood to increase with such bizarre reactions to the film.Queasiness from watching films is not unknown to cinemas.

21 January 2008

Cloverfield - Memang ada Kelainan















Setelah menontonnya Ahad lepas, saya tidak berniat untuk postkan spoiler bagi filem ini. Cukuplah sekadar mengulas kesesuaian dan kekuatan filem yang digembar-gemburkan selama 6 bulan lalu di seluruh dunia terutamanya di gerbang2 internet.
Saya sendiri tak menyedari kewujudan filem ini sebab terlalu sibuk tahun lepas sehinggalah diberitahu oleh abang tentang cerita ini. Khabarnya teaser trailer yang dikeluarkan pada Jun 2007 lalu iaitu di awal sebelum filem Transformers amat misteri dan tiada siapa yang tahu tajuk filem ini, dan ceritanya. Yang diberitahu hanyalah tarikh tayangannya 18.01.08. Dan spekulasi dan hype yang timbul selepas keluar trailer tu menjadikan filem ini amat ditunggu oleh peminat filem di seluruh dunia. Khabarnya studio merahsiakan apa saja maklumat pasal filem ini sehinggakan pelakon dia sendiri pun tak tahu pasal skrip dan tajuk filem; mereka diminta berlakon berdasarkan arahan pengarah waktu tu juga mengikut imaginasi pengarah. (agaknya dah masuk dalam kontrak perjanjian sapa bocor rahsia kena ISA la kottt...)

Selepas menonton filem ini ada beberapa perkara yang saya rasa:
1. Rasa loya dan pening (hahaha ingatkan morning sickness)
2. Seakan-akan benar berlaku
3. Genre yang sukar diterjemah; seram/fiksyen
4. Makhluk kejam; amat sedikit maklumat diketahui
5. Blair Witch Project vs War of The World vs Godzilla
6. Ada kelainan daripada filem lain
7. Special Effect menarik
8. Boleh direkomen untuk orang lain
9. Sequel? Tak perlu
10. Promosi dan Marketing yang cukup hebat

Untuk yang berminat menontonnya, ingatan kepada anda; JANGAN BELI TIKET BARISAN HADAPAN. SEELOK-ELOKNYA BELI TIKET DI BARISAN TENGAH KE BELAKANG. Sekiranya tiada tiket barisan tengah ke belakang, tunggu tayangan seterusnya. Anda pasti tidak akan menyesal.

19 January 2008

Badminton Proton Malaysia Open Super Series



Hanya LEE CHOONG WEI yang akan menjadi peserta terakhir mewakili Malaysia dalam Badminton Super Series kali ini dalam pertandingan akhir esok setelah peserta harapan wanita kita Wong Mew Chew kandas di separuh akhir siang tadi. Lee akan mempertahankan kejuaraannya untuk kali yang ke empat sepanjang kariernya.
Selamat maju jaya diucapkan kepada anak muda yang berjiwa besar ini. Jika kelapangan esok, berilah sokongan moral kepadanya dengan beramai-ramai ke stadium Bukit Jalil Ahad, 20 Januari 2007 bermula jam 1.30 tengahari. Tiket berharga bermula dari RM23, tapi apalah nilainya jika dibandingkan dengan patriotisme yang ditunjukkan anda!

The Much Anticipated Movie of 2008


All of its hypes will be revealed. I'm going to watch it tomorrow. 2008 has just began and we might get the best box office film for the entire year. A good start for 2008? We'll see...

Filem Pilihan Laila Tahun 2007










































Tahun 2007 lalu, walaupun sibuk dengan kursus yang panjang, sempat juga saya melakukan aktiviti kegemaran saya (selain daripada menulis); menonton wayang. memang saya tak dapat nafikan, tahun lepas, amat sedikit saya menonton filem dek kerana kepadatan jadual belajar tapi itu tidak bermakna saya tidak ada filem pilihan saya untuk tahun 2007. Undian yang saya buat menunjukkan 2 filem menjadi kegemaran bagi tahun 2007. dan kedua2 filem itu juga berada di dalam senarai filem kegemaran saya. Filem pilihan saya di tahun 2007 ialah:
10. Harry Potter and The Order of The Phoenix
9. The Golden Compass
8. Ratatouille
7. Mr Bean's Holiday
6. The Bourne Ultimatum
5. Spiderman 3
4. I Am Legend
3. Transformers
2. Die Hard 4.0
Dan FILEM NOMBOR 1 PILIHAN LAILA DI TAHUN 2007 :







1. Pirates of The Caribean: At World's End

Azam Tahun Baru 2009

Tahun ini saya berazam untuk memberikan sepenuh jiwa raga dan hidup saya pada keluarga. Saya sudah mengabaikan mereka tahun lepas. Tahun ini saya akan berusaha menjadi isteri yang terbaik, ibu yang terbaik.... InsyaALLAH.
Selain tu saya nak kuruskan badan. Masa saya beritahu Lynn, dia ketawakan saya. Sebabnya saya sibuk nak kuruskan badan, siap ada target nak turun 3kg tapi saya langsung tak tahu berat badan saya sekarang berapa dan di rumah saya tak ada mesin timbang.
Jangan risau, semalam saya dah timbang dan saya tidak sangka, berat badan saya memang sudah turun 3kg. Azam dah tercapai? Haha.. maksudnya kena turun lagi 3kg jugalah...
Kalau dalam penulisan, saya bercadang menyiapkan manuskrip Cinta Pandang Kedua dan Ref!, satu cerpen komedi romantik yang sudah lama siap, ditulis tangan semasa saya belajar yang belum ditaip lagi. Saya tak pasti apa masa depan Ref! samada saya mahu terus menjadikan ia cerpen atau menyambungnya menjadi novel.
Tahun ini merupakan tahun yang kelihatannya santai kepada saya tetapi cabaran besar buat suami. Saya doakan semoga dia mencapai apa yang diimpikannya. Kami sentiasa memberikan sokongan kepada dia. Semoga tekanan-tekanan yang dihadapinya akan berjaya ditempuhinya dengan hati yang tabah. Saya sedar, bukan mudah menjadi dia. dan saya beruntung punya suami setabahnya.
Saya akan habiskan kelas jahitan saya yang sudah bermula minggu lepas. Kelas gitar juga akan bermula tidak lama lagi. Untuk kerjaya, saya berharap sangat supaya akan dapat memberi pengajaran bermakna kepada murid-murid saya. Semoga ALLAH pinjamkan kekuatan dan kesabaran kepada saya dalam mengharungi dunia istimewa ini.
Impian saya yang lain-lain.... saya akan menyambung pengajian saya, tetapi bukanlah pada tahun ini. InsyaALLAH suatu hari nanti saya tetap akan bergelar Dr. juga....
Ehem, ehem... saya bercadang hendak menambah bilangan ahli keluarga...
Semoga segala azam saya tahun ini akan ditunaikan ALLAH... Doakan yang baik-baik ye!

Minggu demam sedunia



Minggu ini saya tak berapa sihat. Jadi blog saya juga bersawang. Hati memang meronta untuk menulis sesuatu. Almaklumlah dalam tempoh saya sedang bercuti dari menulis ni, blog menjadi tempat saya melepas gian. Tetapi kesihatan saya membuatkan segalanya terbatas.

Bila saya sembuh, anak-anak pula yang demam. Hardy tidak ke sekolah dua hari kerana demam. Bila anak demam, mak pun turut demam. Beberapa kali saya terjaga kerana menyejukkan kepalanya dengan kain. Tujuannya supaya suhu badannya menurun. Saya paling bimbang bila anak demam panas.

Pensyarah saya selalu pesan, kalau anak demam panas, jagalah elok-elok. Kalau boleh tidak tidur, berjagalah. Kalau boleh cuti, temankanlah anak di rumah. Kerana pernah terjadi, si ibu sibuk bekerja hingga mengabaikan anak yang demam. Mungkin pada hematnya, anaknya sudah 7 tahun, sudah darjah 1, sudah besar maka dia tidak perlu ambil berat macam anak masih kecil. Sudahnya anaknya demam panas dan kena tarik-tarik ataupun sawan kerana suhu badan terlalu tinggi. Bila sudah kena sawan, anak yang sedia pintar di dalam kelasnya (periksa dapat nombor 1) tiba-tiba langsung mengalami kerencatan otak lalu akhirnya diletakkan di kelas khas. Kasihan kan...dilahirkan sihat tetapi kerana kelalaian dan sikap ambil mudah ibu, anak itu akhirnya jadi begitu.

Kisah yang kedua tentang ibu yang sibuk bekerja tetapi anaknya sakit mata masih dihantar ke nurseri. Bila ditegur, katanya anaknya sakit mata sikit saja. Tapi virus sakit mata itu menyebabkan ramai kanak-kanak lain turut sakit mata di nurseri itu. Si ibu masih juga menghantar anaknya ke nurseri sehinggalah akhirnya bila dia sendiri dijangkiti sakit mata barulah dia tidak pergi bekerja, cuti.

Kisah yang ketiga tentang si ibu yang menghantar anaknya ke sekolah walaupun anaknya mendapat cirit-birit. Sudahnya habis satu sekolah berbau cirit.

Moralnya di sini, penting manapun kerja, kalau anak sakit, kerja sudah menjadi soal kedua. Kalau anak sakit, biarlah dia berehat di rumah. Satu dua hari tidak ke sekolah tidak mengapa. Dia tidak akan tertinggal jauh. Kalau dia ke sekolah tetapi akhirnya menyusahkan orang di sekelilingnya juga tidak memberi makna. Mana ada orang yang sakit boleh belajar kan!

Saya selalu mengingatkan diri saya, keluarga adalah segala-galanya!

Hak Cinta Terpelihara

Selepas Jika Benar Cinta, novelis Lynn Dayana kembali bersama air tangannya yang kedua. Semasa pertama kali diberi penghormatan membaca deraf manuskrip HCT ini saya terus SMS kepadanya menyatakan yang karyanya kali ini lebih matang dan lebih segala-galanya.
Saya jadi tidak sabar untuk menghayati HCT ini. Tajuknya saja sudah buat hati teruja. Lynn memang suka menulis novel dengan memilih tajuknya dahulu baru mencanai idea menulis yang lain-lainnya. Dia memang istimewa dan lain dari kebanyakan penulis yang menulis dulu baru memikirkan tajuk...
Kepada peminat novel.... tataplah ia! Senang-senang berkunjung ke blognya di http://lynn-dayana.blogspot.com/

12 January 2008

The Star Education Fair 2008

Kepada yang berniat dan bercita-cita untuk menyambung pengajian, jika ada masa berkunjunglah ke Kuala Lumpur Convention Centre hari ni dah esok bermula jam 11 hingga 7 malam.
Dijangka, 5 dewan KLCC itu akan penuh dengan 400 gerai pameran dari 180 wakil dalam dan luar negara.
Inilah masanya kita mengintai peluang untuk mengetahui lebih lanjut peluang-peluang, kursus-kursus bersesuaian, universiti idaman dan kos diperlukan. Pendek kata, segala-galanya ada untuk setiap pertanyaan kita. Jika ada masa, berkunjunglah ke sana!

11 January 2008

Never Look Back



JANGAN PANDANG BELAKANG!

Benarkah kita seharusnya tidak pandang ke belakang, menyesali apa yang telah terjadi, meninjau keputusan-keputusan yang pernah kita buat yang akhirnya mengecewakan kita. Bagaimana pula dengan kegagalan-kegagalan lalu, haruskan dibiarkan berlalu? Berdosakah kita bila kita masih mengharapkan agar masa yang lalu dapat diputarkan kembali agar kita tidak gagal lagi?

Jika ditanya kepada anda, apakah keputusan yang paling bodoh yang pernah anda buat dalam hidup, adakah anda ada jawapannya? Dan apakah yang anda lakukan bila setiap kali anda dibayangi rasa bersalah kerana membuat keputusan itu?

Pejamkan mata, cuba pandang ke belakang, ke dalam diri anda sendiri. Beranikah anda menyatakan yang anda telah sembuh sepenuhnya dari penyesalan lepas? Benarkah penyesalan itu ada penawarnya atau anda masih dibayangi lagi rasa bersalah itu, menghambat anda ke mana anda melangkah?

Jika benar ada penawar bagi segala kesilapan yang pernah kita buat, jawapannya adalah JANGAN PANDANG BELAKANG! Hidup perlu diteruskan... Ambillah iktibar darinya kerana orang yang gagal bukanlah kerana dia gagal, tetapi kerana dia gagal mengambil iktibar dari kegagalannya. Malang itu adalah bila dia jatuh lagi di tempat yang sama, berulangkali...

Tetapi mengapa sukar untuk membuang rasa itu pergi? Sesungguhnya bila berbicara terlalu mudah...kerana ia hanya di antara gigi dan lidah... Kenyataannya, berkata itu lebih mudah dari melaksanakannya. Seringkali kita jadi tewas dan menyalahkan diri terutamanya bila kita sentiasa gagal dan gagal lagi....

09 January 2008

2007 Yang ditinggalkan






2007 telah berlalu memberi kita semua satu pengalaman berwarna-warni. Bila ditinjau-tinjau, ada banyak pengalaman lepas yang harus kita jadikan iktibar mahupun pendorong untuk terus melangkah ke tahun 2008.


Saya belajar satu perkara. Hidup ini terlalu singkat. Isikan ia dengan makna, bukan sia-sia. Pagi esok, bila kita terjaga, kita sentiasa ada pilihan; menarik selimut ataupun berjuang merealisasikan impian. Semuanya ada di tangan.

Tidak terlewat untuk saya meninjau 2007 dari lensa diri sendiri. Saya telah menempuhi tiga peristiwa paling besar dalam hidup saya sepanjang 2007. Pindah rumah, berhenti kerja dan mulakan kerjaya baru. Apa lagi?

Januari
-Novel pertama saya Asmara Asrama yang terbit hujung Disember 2006 mula dipasarkan. Impian saya untuk melihat hasil tangan diterbitkan sebelum usia 30 tahun tercapai. Cita-cita dari kecil untuk ada buku sendiri terlaksana.
- Pindah rumah dari Putrajaya ke Bandar Seri Putra pada hujung Disember 2006 telah lengkap sepenuhnya. Impian punya rumah sendiri akhirnya terlaksana jua. Walaupun kecil, ia memberi makna yang besar bagi saya.
-Berhenti kerja sebagai Pegawai Tadbir di HRC, UPM setelah menjawatnya selama 5 tahun. Banyak perkara saya belajar di sini. Semuanya mendewasakan. Sebenarnya saya mula memikirkan secara serius untuk berhenti kerja setelah bersalin anak ke dua. Cuti 2 bulan itu memberi ruang kepada saya untuk berfikir dengan mendalam. Hijrah itu lebih baik. Akhirnya bulat saya membuat keputusan.
-Memulakan kerjaya baru. Saya bermula dari zero, untuk menjadi Guru Pendidikan Khas. Mendaftar di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras pada mulanya sukar untuk saya percaya. Segalanya terlalu asing bagi saya.

Februari
-Sukan di IPIK. Lelah rasanya terutama dah tua ni kena turun padang. Tapi saya masih berupaya. Masih boleh memberi markah kepada rumah sukan untuk acara 1500m, 100m dan lempar cakera (acara kegemaran saya).
-Saya mendaftar menjadi ahli pengakap. Kelakar, bila dah tua-tua pakai uniform pengakap. Dulu masa saya sekolah, kerana tak mampu beli uniform, saya tak dapat masuk mana-mana pasukan beruniform. Kini impian kecil saya tercapai sekalipun usianya sudah tidak sepadan lagi.
- Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Singa. Kami berkereta bersama anak-anak. Sesat jalan tapi kami menempuhi hari yang mengujakan di Sentosa Island.

Mac
-Novel kedua saya Lakaran Kasih diterbitkan. Ini adalah hadiah hari lahir ke 30 saya paling bermakna.

April
-Elaun pertama sebagai pelatih diterima..... Kembung juga poket bila dapat tunggakan beberapa bulan tiada gaji.... Mujur saja ada cik abang. Kalau tak agaknya apalah yang saya nak makan. Tol ke IPIK sehari sudah RM8. Tidak termasuk minyak dan lain-lain keperluan pelajaran. Itu belum cerita kes nak bayar dua buah kereta dan rumah... Masa ni terasa sayangnya pada abang...haahaha
-Sukaneka. Kami kena menganjurkan sukaneka dan menyertainya. Kelakar bila kena masuk acara budak-budak seperti masukkan gelang getah dengan straw, lari kepit bola, isi air dalam botol dsb. Betul-betul enjoy!
-Pertama kali bertugas di Pesta Buku di PWTC. Saya ingat lagi, hari Jumaat itu, petang. Sepatutnya memang saya tiada kelas tetapi di saat akhir kelas kami diminta menganjurkan Sukaneka pada hari tersebut. Memang saya macam orang putus nyawa. Berlari ke PWTC selepas habis kelas pukul 1230. Sampai di PWTC jam 230. Jam 330 saya bergegas balik ke IPIK kerana Sukaneka akan bermula. Penat!

Mei
-Ulangtahun perkahwinan yang ke 7 pada 1 Mei 2007. Tahun ini kerana kesibukan dan tidak berwang, saya tidak dapat membuat persediaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini saya hanya menghadiahkan abang sebotol minyak wangi dari Body Shop. Cuma abang yang menghadiahkan saya dengan 'sesuatu' dan merancang makan malam yang romantik. Saya rasa bersalah sangat kepadanya. huhuhu
-Pesta Buku kali ini saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan penulis dan menjalin persahabatan dengan mereka sehingga kini. Saya bersyukur kerana mereka sentiasa memberi dorongan dan sudi meluangkan masa bersama penulis yang baru bertatih ini.
-Pementasan Drama Mencari Jalan Pulang di IPIK. Saya penulis skripnya. Kami betul-betul bergumbira!

Jun
-Kami ke Kota Singa lagi. Kali ini sekadar berjalan-jalan di Orchard Road dan sekitarnya.

-Bersama teman-teman mengharungi cabaran di BIG. Pengalaman yang saya tidak akan lupa sampai mati, menggendong kayak dengan Fiza. Rasa putus semua urat perut saya yang dibedah cesaerian dulu. Memang pensyarah tu tak ada hati dan perut kerana mengarahkan dua orang wanita yang serba lemah menggendong kayak seberat 80 kilo itu.
Julai
-Praktikum selama 3 bulan memberi pengalaman pertama berdepan dengan anak-anak syurga. Mmm... saya harus kuat semangat!
Ogos
-Royalti pertama untuk Lakaran Kasih. Saya berbelanja sesuka hati dan simpan sedikit.
-Kami sekeluarga berpesta bunga api di PICC, Putrajaya, menyaksikan musical fireworks.
September
-Majlis berbuka puasa untuk kelas PK1.9. Wah sakan kami makan. Majlis tu dibuat di kediaman saya.
Oktober
-Saya kembali ke kelas setelah tamat praktikal 3 bulan. Alhamdulillah saya mendapat pencalonan cemerlang.
-Hari raya Aidilfitri disambut di Alor Setar.
-Peperiksaan akhir bermula.
November
-Pertama kali menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri. Ia bersekali dengan house warming yang tak dibuat dulu. Ramai tetamu yang hadir, hampir 300 orang. Wah! Rumah kecil saya bagaikan menyambut menantu.
-Saya mengikuti Kursus Induksi dan BTN.
Disember
-Bulan yang ditunggu-tunggu! Akhirnya tamat pengajian saya di IPIK. Baru-baru ini saya menelefon ke sana bertanyakan keputusan peperiksaan saya. Alhamdulillah Haslina Kamaluddin, CGPA 3.63 Cemerlang! Saya bersyukur. Dah tua-tua masih boleh mendapat keputusan sebegitu. Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang paling banyak berkorban demi saya.
-Tamat Ujian Induksi pada 4 Dis., saya terus pulun Citra Persona. Saya hampir gila bersama Ileana (watak utama dalam CP yang tertekan kerana 'kehilangan' kekasihnya Amri). Beberapa hari saya tidak tidur, hingga mata bengkak dan sakit mata. Saya sakit jiwa menyiapkannya tetapi alhamdulillan akhirnya CP siap juga.
-Saya mengakhiri tahun 2007 dengan menghadiahi diri saya percutian ke Bali. Mengisi setiap masa yang telah saya luangkan kepada kerjaya untuk bersama suami tercinta.
Itu sebahagian rentetan hidup saya sepanjang 2007. Ada pahit, ada manis. Tetapi semuanya mengadun pengalaman indah untuk saya bawa ke tahun 2008. Saya sudah posting, anak dah masuk darjah 1. Apa azam saya tahun ini? Tunggu n3 saya berikutnya...

Selamat Datang 2008/1429H !

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Kepada yang menghantar SMS untuk salam tahun baru, Terima Kasih bebanyak atas ingatan anda. Semoga ALLAH mengurniakan kita semua dengan keberkatan dalam kehidupan mendatang. Maaflah kerana saya tak boleh membalas SMS atau panggilan anda kerana 'telefon canggih' saya sedang merajuk atau CELCOM buat hal lagi... Semoga bergumbira dan selamat bercuti!

07 January 2008

Kenali dirimu melalui bentuk : jawapannya

Oh, si Yana dah sibuk tanya jawapan... dah tak sabar dengan n3 saya terdahulu... Ini jawapannya ye Pah Bedah...

Jika anda memilih segitiga
-berwawasan, bercita-cita tinggi, ada satu arah tuju yang ditetapkan
-akan berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan
-seorang yg rajin berusaha
-sanggup tinggalkan kawan demi cita-cita dan arah tuju jika dihalang
-boleh meninggalkan orang yang menolong demi kepentingan diri

Jika anda memilih segi empat
-sangat logikal
-mengutamakan fokus dan maklumat yang terperinci
-lebih utamakan maklumat dari khabar angin
-pentingkan keadilan dan saksama
-utamakan peraturan dan panduan
-menilai sesuatu secara objektif

Jika anda memilih bulat
-mementingkan keharmonian
-mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan orang
-selesa bergaul
-ramai kawan
-mudah memahami perasaan orang lain

Jika anda memilih ombak
-fleksibel
-sentiasa serba boleh
-mempunyai minat pelbagai
-kurang menggemari peraturan dan disiplin
-tidak gemar sesuatu yang berjadual rutin
-suka kepada sesuatu yang bebas, kurang kawalan

Bagaimana? Sudah mengenali diri sendiri? Apa kata cuba tanya kawan anda pula. Tapi awas, jika dia sudah tahu jawapannya, penilaian ini sudah tidak sah lagi.

Sumber: Teori Personaliti Peter, 1962 (edited 1974)

06 January 2008

Satu hari yang melelahkan...


Harinya 2 Januari 2007. Hari saya bermula seawal 6.30 pagi. Hari ni hari orientasi tahun 1. Saya bersiap untuk bawa Hardy ke sekolahnya. Sampai di sekolah, selepas mendengar taklimat dan selesai, kami hantar Hardy pulang ke rumah jam 10.30 pagi. Kami bergegas ke Shah Alam, lalu selepas pulang kami ke sekolah lama Hardy untuk urusan pertukaran sekolah. Tandatangan guru besar di sekolah lama diperlukan da borang itu perlu dibawa ke Pejabat Pendidikan daerah Hulu Langat yang terletak berhampiran Tesco Kajang. Sebaik sampai, waktu makan tengahari telah tiba, jam sudah pukul 1. Kami diminta kembali semula jam 2.00 petang.


Urusan selesai jam 3.00 petang. Kami ke Putrajaya. Jam 4.30 bertolak semula ke Shah Alam. 7.00 malam sudah ada di Sunway Pyramid. Jam 11 malam baru sampai di rumah. Saya betul-betul kepenatan hari itu hinggakan saya tidak lalu menjamah makanan. Esoknya saya akan mula bekerja....

Hardy: 1st Day @ School!

Hardy dah Darjah Satu.... Dah besar dah anak saya...(dalam hati beringat dan umur akupun dah semakin senja...) Apa lagi lepas ni..... Masuk sekolah menengah dan masuk universiti lepas tu saya dapat menantu dan dapat cucu. Macam jauh saja perjalanan itu tapi pejam celik masa berlalu dengan pantas....
Anak sulung saya ni orangnya lemah lembut jadi saya dan abang risau juga bila dia di sekolah... Bila tengok kawan-kawannya yang agresif, saya jadi bimbang kalau-kalau dia dibuli. Tapi saya sentiasa berdoa semua yang baik-baik saja terjadi kepada dia. Semoga dia dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan suasana pembelajaran baru.
Mula-mula Hardy nak jadi pilot, lepas dia tahu erti sekolah nak jadi guru macam mama dan sejak akhir-akhir ni bila dia dah gila main PS2 dia kata nak jadi pemain bola macam Beckham.
Saya doakan walau apa jua cita-cita dia, dia akan jadi anak yang soleh, taat pada TUHAN dan berjaya dunia dan akhirat!
Taklimat orientasi Tahun 1
Hari pertama di sekolah...

Mulianya Ibadah Korban

N3 ini sepatutnya sudah lama saya masukkan tetapi kerana kesibukan, saya terpaksa menangguhkannya. Tetapi tidak terlewat lagi kerana kita masih di bulan Zulhijjah. Tahun ini saya merayakan pagi Aidiladha di Teluk Intan, Perak. Tahun ini abah berkorban kerbau. Pengalaman pertama bagi kedua-dua anak teruna saya melihat orang menyembelih kerbau.

Kerbau yang sudah disembelih, darahnya dialirkan ke dalam lubang yang sudah awal-awal dikorek. Sebenarnya sukar melawan tenaga kerbau. Hampir sepuluh orang cuba menumbangkan kerbau yang sudah berikat. Ternyata tenaga kerbau ini begitu kuat.

Kerja membuang kulit dan melapah daging kerbau dilakukan secara gotong-royong.
Kalau ada berapa kerat orang, baik tak payah... buat penat badan saja.
Rasa daging kerbau kurang manis jika hendak dibandingkan dengan daging lembu. Struktur dagingnya pula agak kasar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...