21 January 2008

Cloverfield - Memang ada Kelainan















Setelah menontonnya Ahad lepas, saya tidak berniat untuk postkan spoiler bagi filem ini. Cukuplah sekadar mengulas kesesuaian dan kekuatan filem yang digembar-gemburkan selama 6 bulan lalu di seluruh dunia terutamanya di gerbang2 internet.
Saya sendiri tak menyedari kewujudan filem ini sebab terlalu sibuk tahun lepas sehinggalah diberitahu oleh abang tentang cerita ini. Khabarnya teaser trailer yang dikeluarkan pada Jun 2007 lalu iaitu di awal sebelum filem Transformers amat misteri dan tiada siapa yang tahu tajuk filem ini, dan ceritanya. Yang diberitahu hanyalah tarikh tayangannya 18.01.08. Dan spekulasi dan hype yang timbul selepas keluar trailer tu menjadikan filem ini amat ditunggu oleh peminat filem di seluruh dunia. Khabarnya studio merahsiakan apa saja maklumat pasal filem ini sehinggakan pelakon dia sendiri pun tak tahu pasal skrip dan tajuk filem; mereka diminta berlakon berdasarkan arahan pengarah waktu tu juga mengikut imaginasi pengarah. (agaknya dah masuk dalam kontrak perjanjian sapa bocor rahsia kena ISA la kottt...)

Selepas menonton filem ini ada beberapa perkara yang saya rasa:
1. Rasa loya dan pening (hahaha ingatkan morning sickness)
2. Seakan-akan benar berlaku
3. Genre yang sukar diterjemah; seram/fiksyen
4. Makhluk kejam; amat sedikit maklumat diketahui
5. Blair Witch Project vs War of The World vs Godzilla
6. Ada kelainan daripada filem lain
7. Special Effect menarik
8. Boleh direkomen untuk orang lain
9. Sequel? Tak perlu
10. Promosi dan Marketing yang cukup hebat

Untuk yang berminat menontonnya, ingatan kepada anda; JANGAN BELI TIKET BARISAN HADAPAN. SEELOK-ELOKNYA BELI TIKET DI BARISAN TENGAH KE BELAKANG. Sekiranya tiada tiket barisan tengah ke belakang, tunggu tayangan seterusnya. Anda pasti tidak akan menyesal.

6 comments:

Anonymous said...

Husband budak ofis aku tgk citer ni siap muntah lagi! hehehe masa tu husband dia demam, baru 45 min depa klr panggung. ~LILYSuRIANI

Mersik said...

Wahh.. ni yg wat oang suspens nk tgk ni.. Err kalau tgk malam2. takot tak nak alik umah? kekeke

laila kamilia said...

lily s -aku pun camtu juga...nasib baik tak muntah...tiba-tiba macam rasa atas bot, macam mabuk laut. naperlah pengarah filem ni bikin macam ni...adoi...

laila kamilia said...

mersik- citer tu tak seram cuma boleh bagi kesan pening je. mungkin nasihat saya lepas tengok jangan terus balik rumah...rehat2 dulu, takut langgar tiang lampu pulak kat jalan nanti.

Mersik said...

Kite dah tengokk.. kite dah tengokk.. Ooo barulah tahu nape leh jadi pening.

Hiyaa.. cite cam ni pun ada ka? Patut nye wat la betul2 cam cite Godzilla..Barulah thrill penonton teruja2. Ini cam membazir jek ek, wat produksi mahal2 ngan kesan effect yg canggih2 tp, di sorot oleh kamera ala2 cam-corder gitu.

Masa tengok tu.. lepas 15 min.. Ada penonton yg angkat kaki. Barangkali bosan, merungut2.. dan pening kepala agaknya.

Apa2 pun , mmg lain bebenor la cite ni..

(Sambil usap kepala yg masih berdengung.. adohhhss )

laila kamilia said...

hahhaa...mersik...pun gi tengok... memang hampeh kan... tapi itulah kelainannya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...