06 January 2008

The Gardens @ Mid Valley Kini Dibuka!

Ini tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Pusat membeli belah yang bersebelahan dengan Mid Valley ini baru dibuka kira-kira dua bulan lepas, dan saya baru mengunjunginya minggu lepas. Mari kita lihat apa yang ada di the Gardens; pusat membeli belah yang menghimpunkan butik jenama ternama dan residen (tempat kediaman).

Logo yang menarik. Hijau tanda damai.
Salah satu ruang santai untuk pengunjung. Boleh berehat setelah penat membeli-belah. Boleh pesan makanan dari kafe terbuka, bolehlah minum-minum melepas lelah. Kalau ada kemudahan urutan refleksiologi kaki pasti lagi best!
Pah Bedah ni dah peghak lah pulak hingga gambar papan direktori pun nak ambil. Jika anda sesat, pergilah ke direktori ini. Istimewanya dari shopping mall lain, di sini direktorinya secara touch screen. Semua maklumat di hujung jari!
Antara butik jenama terkenal yang berderet di sini. Sediakan duitnya saja kalau mampu. Kalau tak...hehehe kita window shopping ajelah. Sekadar cuci mata!

Di sini dekorasinya moden dengan penggunaan tampered glass yang berukir. Kayu-kayu menjadikan shopping mall ini nampak mewah. Untuk ke Mid Valley, ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua shopping mall ini. Nampak beza benar antara kedua shopping mall ini. Semasa di sini, pengunjung tidak berapa ramai tetapi Mid Valley tetap dengan lautan manusia. Mungkin pengunjung tidak tahu tentang kewujudan the Gardens ataupun kerana kebanyakan orang yang pendapatannya tidak meriah macam kita tidak mampu membeli-belah di sana!
Oh ya! Saya terlupa hendak memberitahu tentang Premier Washroom di sini. Berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membuang tuuuuuut? Rasanya 50 sen sudah mahal tetapi di sini harganya RM5 sekali masuk. Kalaulah masa tu saya hendak tuuuuut boleh juga singgah, tapi tak nak pulak. Kalau tak, boleh saya ambil gambar kan... Satu lagi, ia juga ada Premier Parking... di tingkat bawah... Saya juga tak boleh nak bayangkan bagaimana harga dan rupanya... Rasanya mungkin harga tisu jenama Premier yang mampu kita beli di sekalian Premier yang ada di sini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...