10 February 2008

The Lost World of Tambun, Ipoh, Perak


The Lost World of Tambun, satu-satunya taman tema di Semenanjung Malaysia yang belum pernah kami kunjungi. Jadi untuk merealisasikan impian kami sekeluarga mencuba semua taman tema, cuti tahun baru cina yang lalu, kami pun bergeraklah ke utara tanah air iaitu ke Ipoh untuk merasai pengalaman tarikan terbaru Malaysia di Perak, The Lost World Of Tambun (TLWOT) yang sememangnya terletak di Tambun, Perak.
Musim cuti yang panjang digunakan sepenuhnya oleh orang ramai untuk berkunjung ke TLWOT pada hari tu. Sesak juga bila nak beratur membeli tiket yang harganya RM22.90 untuk dewasa dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM17.90. Taman tema ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa.
Berbeza dari Sunway Lagoon, di sini pengunjung masih boleh bertoleransi berpakaian. Pakailah apa saja jangan sari dan baju kurung. Ia mungkin disebabkan taman tema ini masih baru dan jika dikenakan syarat harus berswimming suit tentu tak ramai pengunjung.

Pengunjung tidak dibenarkan membawa sebarang makanan luar kecuali air mineral. Memang betul-betul diperiksa oleh pekerja di sini. Jadi tak payahlah bersusah-payah nak goreng mee atau bihun kalau nak ke mari. Harga makanan di sini tidak mahal. Lebih kurang saja dengan harga di luar. Cuma yang tak sedap, penjajanya bukan Melayu. Sekalipun ada tanda halal dipamerkan tetapi bagi mereka yang cerewet pasal makan, cuak juga bila tengok tukang masaknya India dan Cina. Saya rasa pengurusan TLWOT harus ambil kira sensitiviti pengunjung di sini.

Kami berseronok sakan hingga hitam legam. Kebersihan tempat ini memang dijaga dan kemudahan asas seperti tempat makan, tukar pakaian dan surau ada disediakan. Jika anda berpeluang, singgahlah ke sana. Sekadar bertukar angin dari hiruk pikuk kota.
http://www.sunway.com.my/lostworldoftambun/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...