04 March 2008

4 Mac 2008- Terima Kasih Semuanya






Tahun ini saya langsung tidak mahu membuka mulut memberitahu "hari ini hari lahir saya". Tetapi Dhiya sudah mengucapkannya malam semalam (dia takut terlupa!). Saya membaca SMS ucapan kiriman Lynn yang dihantar jam 2.00 pagi, dari adik-adik saya Mas dan Apis semasa bangun tidur. Sampai di sekolah, Dalilah senyum-senyum lalu menghulurkan kek coklat. Katanya "Kak, aku bersengkang mata malam tadi nak buatkan kek coklat ni untuk akak. Selamat hari jadi." Dan saya mendapat ucapan bertubi-tubi dari Mizah, Zura, Su, Adila, Ha, Lina dan Pah, rakan-rakan yang sporting habis.

Sepanjang hari ini saya sibuk menerima SMS dan panggilan telefon dari kawan-kawan. Nampaknya hasrat untuk duduk diam-diam tinggal angan-angan. Terima kasih atas ingatan dari anda untuk seorang Laila yang serba-serbi penuh kekurangan. Terima kasih juga atas persahabatan yang dihulurkan. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Untuk Lily Suriani, Rose Harissa, Angah, Kak Lily Haslina, Kak Eka Fahara, Yana, Kak Norzailina, Jue, Kak Ai, Yati, Rinn dan semua yang mendoakan kesejahteraan saya, terima kasih banyak-banyak. Semoga doa kalian dimakbulkan ALLAH.

Petang semalam dengan berkomplotkan abang, Fuza, KRol dan Izzi datang menerjah ke rumah saya untuk bagi surprise. Tengah saya sedap melelapkan mata Fuza menerjah bersama kek hari jadi. Aduhai! Memang menggelabah saya masa tu. Terima kasih kawan-kawan kerana aksi terjah anda memang membuatkan saya panik tahap gaban masa tu. Selepas ini ada 3 lagi birthday party hadiah dari famili dan kawan-kawan untuk hari lahir saya yang ke 31 ini! Tanpa anda semua, siapalah LAILA ini.... Saya SAYANG anda semua..... dan terima kasih kerana menyerikan hidup seorang insan kerdil bernama LAILA. Semoga saya tetap relevan di hati anda! Betapa saya merasakan saya amat dihargai....

Menjawab soalan Dhiya, apa hadiah dari abang.... Mmm.... tunggu entri seterusnya...


4 comments:

linanilza said...

kak, kata birthday ke 31, tp apsal lilin ada 32?? kui kui...

nyway,, epi besday!!

Mersik said...

Salamz Laila ,

Wahh seronoknya.. Maaf lah. Tak tahu..

Kini.. kita sudahhh ketahuann... hu huu..

Selamat Hari Jadi. Semoga panjang usia, sihat tubuh badan, bahagia hidup bersama keluarga dan segala yg dirancang akan menemui bahagia.

Mudah2an..

Tak de makan2 ke? Ngeteh2 ka.. hik hik

laila kamilia said...

lin...kantoi! diaorang ingat akak ni dah tua sangat!terima kasih atas ingatan...kalau ko ada mesti dapat kek sebijik akn...hahahaha

laila kamilia said...

mersik, waalaikummusalam...

terima kasih untuk doa-doa...semoga doa itu dimakbulkan Tuhan...

ngeteh? boleh saja...mungkin Rabu depan masa paling sesuai...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...