12 March 2008

Bercuti di Kampung






Tak sabar menunggu cuti sekolah bermula. Memang dah lama merancang nak bawa anak-anak merasa pengalaman tinggal di kampung beberapa hari sempena cuti sekolah ini. Memang menjadi amalan sebelum tidur, saya dan anak-anak ada sesi bercerita. Cerita-cerita saya biasanya berkisar pada pengalaman hidup semasa kecil, cerita rakyat dan cerita fiksyen (yang direka sendiri). Kadang-kadang bila dah penat bercerita atau sudah kering idea, Hardy pula akan bercerita tentang kisahnya.
Lalu pada musim cuti sekolah ini saya memberi peluang kepada anak-anak merasa sendiri pengalaman yang pernah saya ceritakan kepada mereka. Kira praktikum lah ni!
Saya membawa anak-anak memancing. Dari mencari cacing untuk dibuat umpan memancing, hinggalah proses memancing. Kelakarnya penat menunggu sekor ikan pun tak nak naik....hanya acah-acah saja. Budak-budak tu juga seronok berlari dalam kebun limau atuknya sambil memetik buah limau.
Saya bawa Hardy keliling kampung membonceng basikal tua, mengejar ayam dan menziarah guru dan keluarga angkat saya.
Satu kemahiran yang Hardy dah master cuti kali ini. Menampar nyamuk! Kelakar! Almaklum anak bandar. Jumpa nyamuk jarang-jarang. Bila nyamuk gigit menangis. tapi kali ini dia dengan bangganya menunjukkan kepada saya hasil tamparannya! Saya cukup puas hati sebab selama ini dia memang cukup fobia dengan nyamuk.
Saya selalu kata kasihan budak-budak sekarang, tak merasa pengalaman hidup di kampung. Celik-celik mata dah ada kereta, dah ada PS2 dah ada taman permainan. Terfikir berapa ramai kanak-kanak sekarang yang tak pandai menggagau ikan, memanjat pokok, bergayut di hutan, menganyam mengkuang dan daun nipah. Malah merasa digigit lintah atau pacat. Balik kampung pun berkurung dalam rumah. Kasihan.... Orang dulu semua rasa, malah boleh survive juga dengan internet dan segala macam mak nenek kemudahan IT. Agak-agak bertahun-tahun dari sekarang, ada lagi tak ayam kat kampung???

2 comments:

Rinn said...

saya ada kawan (tak rapat sangat) yang menetap di singapore. satu hari tu dia wak anak dia balik kg kat kedah, kecik lagi budak tu. speaking english berasap la. bila dia tengok binatang berkaki empat semua dia panggil 'dog' tak kira lah lembu ka kambing ka kerbau ka and biler dia nampak ayam dia panggil "two-legged dog".

laila kamilia said...

hahaha...siannya anak-anak sekarang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...