07 March 2008

Dilema Pilihanraya 2008


Esok sudah hari mengundi tetapi saya masih belum membuat sebarang keputusan kepada siapakah undi saya akan diberikan.... Ini merupakan kali kedua saya mengundi... Sejak penamaan calon dibuat, saya sibuk bertanyakan kepada rakan-rakan, nak pangkah BN ke DAP? Agaknya rupa saya pun dah rupa macam gambar Pak Lah kat atas ni.
Antara yang bermain di kepala saya :
1- BN dah lama memerintah kawasan saya tapi perubahan kat kampung sikit jer... Bila nak pilihanraya baru turap jalan tar..Kalau tak, berlubang, mengalahkan lubang kerbau berkubang dibiarkan aje. Paling saya sakit hati, geran tanah tapak rumah yang ibubapa saya duduki, dari saya dilahirkan sampai baru sambut harijadi dua tiga hari lepas, tak nampak batang hitung. Baru-baru ni saya tanya abah, minta abanh turun pejabat tanah waktu pilihanraya dah dekat ni. Abah jawab, baru-baru ni wakil orang kampung dah kutip semua dokumen sebab pejabat tanah kata semua dokumen dah hilang. Kelakar betul, pejabat kerajaan punya besar gabak tu boleh hilang dokumen.... Tapi memang ada logik juga sebab dokumen berusia 31 tahun, memang patutpun hilang.... Yang hairannya isu tanah ni, dokumen tak pernah hilang pulak bila bab nak kena bayar hasil tanah.....
2- DAP pula memperjuangkan Malaysia Malaysian.... Mana boleh! Ini sudah boleh mendatangkan marah. Adus! Pening kepala....
Seorang kawan memberi pendapat, dia kata kampung dia dah tukar parti tapi masih jugak dok gitu...sama saja parti A ke parti B. Kalau begini lebih baik tak payah mengundi.... undi A macam tu undi B macam tu juga... Seorang teman pulak berkata, kampung dia kampung Cina. Ada satu masa mereka pakat-pakat undi calon PAS semata-mata tak puas hati kerajaan tak beri subsidi baja. Tahun itu kerajaan terus bagi subsidi. 5 tahun lepas tu mereka pangkah BN semula.
Termenung saya dibuatnya.... Macam-macam politik Malaysia ni. Ikutkan dilema yang sedang melanda, duduk rumah saja. Namun bila kepala otak yang sedia bernas ni bertanya sudahkah anda tunaikan tanggungjawab anda kepada negara? Saya tidak boleh berkata apa.......

2 comments:

dhiya zafira said...

Laila...

jangan pening2. kalau hati nak pangkah A, pangkah sajalah. kalau ikut senario kat msia ni memang malas nak undi tapi tanggungjwab kita di mana pula? aku nak undi. aku dah tahu siapa aku nak undi. menang atau kalah yang penting, aku dah usaha dan tawakal.

Anonymous said...

cuba kau masuk www.saifulislam.com. mungkin boleh membantu ko membuat keputusan.~LilyS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...