12 March 2008

Saya Budak Baru Belajar


Hardy sedang belajar menghantar SMS. Sebelum ini dia sudah pandai menelefon abahnya. Paling dia suka menelefon abah dan memberitahu "Abah terkena panggilan hangit!" Masa tu pantang ada peluang dia akan telefon abahnya hatta abahnya di dalam bilik tidur di tingkat atas sedangkan dia di tingkat bawah.

Terkini bila dia sibuk belajar menghantar SMS, saya jadi pening kepala. Macam-macam SMS yang dihantarnya. Antaranya adalah seperti yang di bawah (sila abaikan jika ada kesalahan ejaan kerana dia baru masuk darjah 1 tak sampai 3 bulan).
Mama suke ke kalau ade kawan - SMS itu dihantar ketika saya sedang rancak bersembang dengan Dhiya Zafira yang kebetulan tidur di rumah malam itu.
Mama aid mintak maaf kerana aid bagi mesej dekat kawan mama - Dia bagi bila saya membebel marahkan dia yang pandai-pandai hantar SMS kepada kawan-kawan saya yang ada dalam inbox SMS.
Apa abah kecoh-kecoh. Aid pun tak kecoh-kecoh - SMS tu dia beri pada suami saya yang tak tahu apa-apa. Bila ditanya dia jawab saja-saja....
Banyak lagi SMS yang dikirim Hardy. Maknya pening kepala sebab hujung bulan nanti nak membayar bil Celcom. Dalam hati, diajar salah, tak ajarpun salah. Anak zaman sekarang kalau pasal teknologi memang cepat aje dapat. Nak marah salah, tak marahpun salah....

3 comments:

Anonymous said...

Biasala budak2... tambah2 hardy tu yg memang minat dengan PS2 dia tu.. Teknologi mengikut arus zaman...

laila kamilia said...

yela... tapi kita yg pening kepala..tambah bila tengok bilnya...

Anonymous said...

Bilnya takpee... sebab teknologi mesti sentiasa diupdate... Ntah2 si Hardy n adiknya dah mula main PS3 plak (mana tahu ayahnya dapat hadiah macam dapat PS1 dulu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...