07 April 2008

Al Fatihah untuk Firwance

"Firwance dah tak ada kak... Firwance dah tak ada..." Panggilan dari Erna petang Sabtu lalu membuatkan saya tersentak.
"Erna cakap apa ni..." Saya bertanya sambil tergagap-gagap.
"Firwance dah tak ada kak, Firwance dah meninggal... eksiden..." Sambil teresak-esak Erna menggagahkan dirinya memberikan saya jawapan yang terlalu sukar untuk dia lafazkannya.
"Innalillah... bila Erna?" Air mata sudah mula mengalir ke pipi. Terbayang di mata saya wajah Firwance. Nama arwah pernah saya abadikan di dalam novel Lakaran Kasih. Arwah berusia 29 tahun. Terlalu muda untuk meninggalkan seorang isteri dan 2 anak lelaki comel yang begitu disayangi.
"Tengahari tadi. Dia konvoi eksiden motor di exit Pagoh." Suara Erna yang semakin tenggelam itu menyukarkan saya memahami butiran percakapannya.
"Sabar Erna...banyak sabar... Erna SMS alamat, sekejap lagi akak sampai. Erna sabar yer...." Saya hanya mampu katakan itu. Selebihnya air mata saya sudah tidak tertahan lagi. Pemergian Firwance memang langsung tidak diduga, tiada tanda.
Rasanya dengan cerita itu dan kesihatan Hariz yang terganggu sudah memberikan makna saya menyepikan diri dari dunia luar buat seketika. Bagi rakan-rakan yang menantikan saya membuat laporan percutian saya di Bandung, harap sabar menanti kerana saya masih berkabung. Sedekahkanlah Al Fatihah untuk arwah Mohamad Firwance Basri yang telah meninggalkan keluarga tercinta pada hari Sabtu 5 April 2008. Juga titipkanlah kata-kata semangat untuk Ernaleza Mahsum dan anak-anak di http://anakbunga80.fotopages.com/.
Semoga sahabatku ini tabah mengharungi dugaan TUHAN. InsyaALLAH, kami akan sentiasa di sisi di saat Erna memerlukan...

5 comments:

dhiya zafira said...

takziah untuk Erna. takziah juga untuk ko yang kehilangan kawan. semoga rohnya dicucuri Rahmat. Mudah-mudah Allah permudahkan dia di sana

Computadores said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Computador, I hope you enjoy. The address is http://computador-brasil.blogspot.com. A hug.

Rinn said...

al fatihah

laila kamilia said...

dhiya dan rinn: terima kasih. semoga arwah tenang dan balu tabah mengharungi kehidupan...

ajie said...

Salam takziah juga, walaupun saya agak terlambat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...