21 July 2008

Mesti Tonton 2008 : The Dark Knight



Bukanlah kepakaran saya untuk mengulas filem ini, namun setelah menontonnya semalam, saya pasti, dan ramai lagi yang telah menontonnya juga yakin bahawa filem ini merupakan filem terbaik untuk tahun 2008 (setakat ini sehingga 20 Julai 2008).

Di sebalik kegelisahan saya dengan tempoh filem yang panjang disebabkan oleh karenah Hariz (saya dan abang sudah serik yang betul-betul serik kali ni untuk bawa dia ke pawagam lagi, di entri seterusnya saya akan ceritakan karenah Hariz kali ini), saya cuba menghayati perjalanan filem keenam Batman ini. Namun, Batman kali ini bukan lagi cerita superhero komik seperti dahulu ketika di zaman filem 90-an Batman, Batman returns, Batman Forever dan Batman and Robin. Kali ini Batman (The Dark Knight), sequel kepada Batman Begins (tahun 2005 dulu) lebih segar dan seakan nyata. Tiada lagi Gotham City yang gelap dan penuh komik, tetapi lebih kepada bandar yang seakan nyata dan dekat dengan kita. Jalan ceritanya yang 'real' membuatkan kita percaya bahawa Gotham City itu wujud dan Batman itu wujud.

Dengan barisan pelakon terbaik pernah dikumpulkan, saya amat yakin bahawa lakonan paling hebat adalah milik Heath Ledger (yang telah mati sebaik saja selesai penggambaran filem ini) sebagai The Joker. Boleh dikatakan setiap kali Joker muncul, karakter pyscho yang dibawakannya cukup berkesan dan menenggelamkan character Batman itu sendiri, seakan-akan filem ini lebih menonjolkan watak Joker daripada Batman. Memang padanlah Ledger disebut2 sebagai calon untuk Oscar tahun ini bagi watak Jokernya itu.

Filem ini mungkin agak kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana ia bukanlah 'comic film' yang selalu dibikin untuk tontonan keluarga. Filem ini agak serius dan memerlukan penghayatan tinggi penonton agar tidak terlepas jalan ceritanya. Dengan tempoh 21/2 jam dan banyak cakap, tentulah kanak-kanak akan cepat bosan (tak percaya, tanya Hardy dan Hariz).

Mungkin saya akan menontonnya buat kali kedua minggu ini, untuk menghayatinya sekali lagi. Dan untuk filem itu kali ini, saya berikan ****1/2 bintang daripada ***** bintang. Bagi yang ingin merasai pengalaman bersama The Dark Knight, berkunjunglah ke pawagam berhampiran dengan anda. Anda pasti terhibur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...