31 August 2008

31 Ogos 2008 : Selamat Ulangtahun

Saya mengenalinya pada Disember 1996. Kini sudah hampir 12 tahun saya menjadi terlalu mengenalinya, hinggakan saya boleh meneka ayat-ayat yang bakal dituturkannya tatkala berdepan dengan situasi. Dia suami yang tercinta, tiada dua- Aedy Fadly Ramli. Dan sejak mengenalinya, sambutan kemerdekan bagi saya menjadi satu perkara yang unik kerana disambut bersama dengan hari lahirnya.
Dia anak merdeka menjadikan dia begitu istimewa.....
Selamat Hari Lahir buat insan istimewa dalam hidup saya!

25 August 2008

Tuntut Ilmu Hingga Sampai Ke Liang Lahad

Setelah beberapa bulan berlalu, baru hari ni dapat gambar konvo! Lega! Sebab dapat habiskan belajar walau sudah berusia....menuntut ilmu dah pada usia lewat macam ni memang banyak cabarannya!

15 August 2008

Pengumuman Cuti : Perkahwinan DiRaja


Hehehehe... Sepanjang cuti sekolah ni saya akan berhenti berbloging bagi menumpukan perhatian kepada perkahwinan diRaja ini... (adik ipar kahwinlah)... Jumpa lagi nanti!


Selamat Pengantin Baru Hayazi dan Baizura! Untuk bakal adik ipar, Welcome to the family!

Apa yang sibuk sangat?






Kebelakangan ni saya sibuk memanjang hinggakan badan sikit susut dan kulit bertambah gelap. Gambar-gambar dibawah menceritakan kesibukan saya hingga kadang-kadang blog terbiar berhabuk...

Alhamdulillah semua projek saya selesai sebelum bercuti panjang. Yang terakhir sekali, saya sedang melatih murid-murid saya yang terpilih mewakili Daerah Hulu Langat ke Karnival Sukan Pendidikan Khas di Shah Alam pada 27-28 Ogos ini. Hari-hari berlatih di padang bola jaraing membuatkan kulit saya cerah secerahnya... Saya bangga dengan murid-murid saya. dan mungkin jika mereka menang dan terpilih mewakili negeri Selangor, saya tidak dapat melatih mereka lagi....sedihnya....
Apapun...doakan mereka berjaya kerana bukannya mudah melatih murid pendidikan khas bermain bola jaring dengan mengikut cara dan peraturan yang dibuat untuk kita yang normal.....

11 August 2008

God’s Special Child


Sajak ini benar-benar menyentuh hati saya... Jika kau punya hati, mari kita kongsikan bersama....

I’m sending you a special child to cherish in my name,
For you to love with all your hearts, and teach her just the same,
For she is not like other babes, nor she will ever be,
But can you love her just the same, and take good care of her for me.
She may not see, or hear, or run, or learn as others do,
But she’ll be yours and she will take her guidance from all of you.
The road is hard, she’ll break your heart, you’ll cry a million tears,
But I promise when she smiles at you the pain soon disappears.
I know you’ll cry, ‘why her? Why us?’ but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I’ve selected you.
So please don’t turn your back on her, although she may be slow,
If you’ll accept her as she is, then together you will grow.
She needs to learn the skills of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide her, I know you’ll see her through.
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all it’s worth, and enjoy my special one.

Author unknown.

03 August 2008

Inginkan zuriat???

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan sekurang-kurangnya seorang anak sebagai penyambung kasih-sayang. Walaupun pada awalnya kadang-kadang mereka merancang untuk melewatkan kehadiran orang ketiga itu dengan pelbagai alasan; untuk honeymoon lebih, belum bersedia, takut bentuk badan lari, tak cukup makan lagi atau belum ada rezeki, di akhirnya setiap pasangan pasti mahukan seorang anak dalam perkahwinan mereka.
Namun kita sekadar boleh merancang, TUHAN lebih mentukan. Setelah bertahun-tahun berkahwin kita belum dikurniakan anak. Tidak! Kita sakit hati apabila dikatakan mandul malah pasti berang bila orang bergurau mengatakan kita tak pandai nak buat anak. Bertambah menyakitkan bila setiap kali balik ke kampung orang akan bertanya bila lagi nak beranak...merancang ke... Hakikatnya kesibukan orang hendak menjaga tepi kain kita buat kita tertekan sedangkan hakikatnya kita suami-isteri pasangan paling bahagia dalam planet ini...
Lalu kita menangis. Kita tertekan lalu berusaha. Kita makan ubat herba, makan pil yang entah apa-apa yang disaran orang, pergi bersenam (bagi yang gemuk berlebihan), pergi berurut. Namun pada satu tahap bila semua usaha kita tidak berhasil kita mula menyalahkan diri sendiri atau pasangan kita.Awaklah yang mandul! Mudah benar kita membuat tuduhan! Lalu rumahtangga yang aman bahagia bertukar derita. Bila si isteri mengajak suami ke klinik untuk diperiksa, suami mengelak. Takut keputusannya memang ternyata dia mandul! Lalu akhirnya isteri berendam air mata. Suami dah pekak telinga.... Syurga yang hendak dibina bertukar jadi neraka. Bila hadir orang ketiga yang tidak dikehendaki, hati jadi goyah.... Kata isteri, suami aku dah tak nak dengar rintihan hati, mujur ada dia yang suka menjadi pendengar setia. Kata suami, aku akan buktikan dengan mengahwini perempuan lain, aku lelaki sejati, anak-anakku berderet-deret nanti dan aku akan buktikan aku bukan mandul! Menyakitkan hati isteri, sengaja dipilihnya calon isteri yang memang sudah ada anak lain sebelumnya....
Impak zuriat dalam hidup kita besar. Kerana itu ALLAH memberi keistimewaan kepada anak soleh yang dapat memberikan syafaat kepada ibubapa mereka yang sudah meninggal di dalam kubur dengan doa mereka. Anak penyambung kasih-sayang antara dua teruna-dara yang berjanji untuk sehidup semati.
Mengkiut kajian, kemandulan disebabkan oleh 30% puncanya oleh isteri, 30% oleh suami, 30% oleh kedua-duanya dan 10% sebabnya tidak diketahui. Sekiranya anda sudah buntu tidak tahu hendak mendapatkan bantuan sesiapa, pergilah ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, KL (bersebelahan Hotel Quality, depan bangunan MARA). Di sini memang menjadi tugas mereka membantu pasangan yang menghadapai masalah kesuburan.
Berikut kronologi mendapatkan rawatan tersebut dan anggaran perbelanjaan yang harus dikeluarkan setiap kali anda ke sana.
1. Sila telefon LPPKN di talian 03-26937555 dan minta disambungkan ke klinik kesuburan semingggu sebelum tarikh anda dijangka period. Jururawat akan memberitahu anda supaya menelefon kembali untuk membuat temujanji pada hari pertama period. Juga apa yang anda dan pasangan perlu lakukan beberapa hari sebelum period. Suami wajib hadir bersama pada temujanji pertama kali. Sila telefon pada waktu petang untuk sebarang pertanyaan dan temujanji kerana pada waktu pagi mereka sibuk melayan pesakit.
2. Buat temujanji anda pada hari pertama period.
3. Datang bersama suami pada hari temujanji. Isteri akan diambil darah dan suami diminta membuat ujian sperm count. Kos dalam RM RM85 ke RM100.
4. Isteri perlu datang untuk ujian darah ke dua bila period ke 16 (jika tidak silap)-RM30. Jika ujian sperm count suami ok, (kira-kira 20 juta kiraan dan aktif), biasanya suami tidak bermasalah. Tumpuan rawatan akan diberikan kepada isteri.
5. Isteri perlu membuat HSG di klinik terpilih untuk melihat keadaan tiub fallopian. Sejenis ubat seperti iodin akan dimasukkan ke dalam rahim. Alatnya macam skru berpayung dan agak panjang.RM180-RM250.
6. Keputusan XRay dibawa kepada doktor di LPPKN dan doktor akan memberitahu masalah anda dan suami seterusnya memberikan cadangan rawatan. Jika wanita tidak subur, suntikan dan pil akan diberikan. RM234.
7. Isteri datang untuk ultrasound (melihat bilangan telur yang berjaya dihasilkan dan kematangannya). Jika pesakit memilih untuk melakukan persenyawaan sendiri ataupun bilangan telur kurang dari 3 biji, doktor akan memberikan tarikh dan masa tertentu untuk pasangan melakukannya. Tetapi jika bilangan telur 3 biji dan lebih dan pasangan memilih untuk melakukan IUI (iaitu sperma suami diambil dan dipilih lalu dimasukkan ke dalam rahim isteri) maka doktor akan memberikan tarikh untuk melakukan IUI di LPPKN. RM126.
8. Rawatan IUI.RM300.
9. Jika tidak berjaya langkah 7 diulangi. Bagi yang tidak cukup subur, doktor akan meningkatkan dos.RM631.80.
10. Ultrasound.RM126.
11. Jika berjaya kemungkinan untuk mendapat anak kembar untuk IUI adalah tinggi. Lepas ni kalau masih gagal, mungkin perlu buat bayi tabung uji....kosnya hehehe RM15,000.00
Bukan senang nak buat anak kan! Jadi kalau anda dan pasangan punya anak yang ramai, jangan sesekali memandang rendah pada orang yang sedang kuat berusaha untuk mendapatkan seorang anak. Jangan berlagak sangat dan besar diri dengan kurniaan TUHAN pada anda. Kerana pada bila-bila masa TUHAN boleh mengambil mereka dari anda. Kepada diri saya dan semua, hargailah anak anda kerana bukan senang untuk mengeluarkan seorang bayi dari perut ibu. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!
ps: bagi kakitangan awam, boleh membuat tuntutan bayaran balik rawatan tersebut dengan syarat rawatan hanya untuk anak pertama. Kalau di swasta, kosnya lagi berganda-ganda. Terima kasihlah kepada Kerajaan Malaysia!

02 August 2008

Buang Pundi Hempedu!

Minggu lepas, saya sempat melawat seorang kawan lama yang tinggal di Taman Sutera Kajang. Beliau menghantar SMS kepada saya hari Jumaat minggu sebelumnya menyatakan bahawa beliau telah selamat menjalani pembedahan. Saya terkejut kerana beliau baru saja melahirkan anak dua bulan sebelumnya. Dia memberitahu yang pundi hempedunya telah dibuang! Apa dibuang! Saya terkejut kerana inilah pertama kalinya saya yang naif ini mendapat tahu yang pundi hempedu boleh dibuang.....


Dari cerita kawan saya itu, semasa dia mengandung kali ini, selepas musim alahan berlalu, dia hanya boleh makan nasi lemak. Biasalah orang mengandung seleranya tentu pelik sikit. Oleh itu setiap hari dia makan 2 bungkus nasi lemak untuk selama 3 bulan.... Sebaik dia bersalin dia berasa sakit di perut. Diagnosis awal, mungkin dia gastrik. Namun setelah pergi ke Hospital Pakar An Nur, Bangi, doktor memberitahu di dalam pundi hempedunya ada batu (saya ingatkan hanya buah pinggang boleh ada batu).


Fungsi hempedu adalah menyerap lemak dalam tubuh. Setiap lemak yang kita makan akan ditapis oleh hempedu. Komposisi lemak yang terlalu banyak untuk ditapi dari nasi lemak itu menyebabkan lemak bertukar menjadi batu. Alternatif lain selain membuang hempedu adalah dengan memecahkannya dari dalam tetapi ia berisiko. Batu yang pecah tadi mungkin akan ke hati, jantung atau organ lain dalam proses untuk disingkirkan dari tubuh. Jalan terbaik dengan membuang pundi hempedu. Kini fungsi hempedu terpaksa diambil-alih oleh hati pula. Dan kini beliau harus mengurangkan makanan berlemak...


Setiap kali nak makan nasi lemak, saya jadi takut.... Dan kemudian saya berpesan kepada orang pula jangan makan nasi lemak banyak-banyak...Hehehehe...macam saya pula yang kena buang hempedu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...