03 September 2008

TIKA RINDU BERLAGU-Novel Terbaru Lily Suriani


Novel Lily Suriani sudah keluar... Apa kata kita dapatkan segera di pasaran...Covernya cantik gambar dua orang menunggang kuda... Segera dapatkan di kedai buku berhampiran!


Sinopsis: KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.


Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!


lily_suriani2004@hotmail.comhttp://lilysuriani76.blogspot.com

3 comments:

alaf21fc said...

Salam Aidilfitri, Salam Lebaran dan salam hormat. Semoga bahagia berhariraya bersama keluarga.

laila kamilia said...

salam...
terima kasih bebanyak...jumpa lagi nanti insyaAllah

putra said...

erm..da mrata kdai bku cari novel hasil tangan lili suriani...namun tak terjumpa...papepon..harap ade kluaran terbaru pada masa akan datang...u r the best...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...