21 September 2008

Masih ada yang sayang


Sejak saya menjual kereta kesayangan saya sekitar Julai yang lalu terasa hidup saya tunggang-terbalik seketika. Mujur masih ada yang sayang...


Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menumpangkan saya ke destinasi saya. Al maklum saya harus berulang-alik dari rumah ke sekolah sekitar 35km dan laluannya sukar untuk kenderaan awam seperti bas untuk masuk. Abang pula laluannya menyimpang ke lain. Mula-mula saya sukar juga membuat justifikasi dengan kehidupan baru saya. Memang saat itu saya rasa hidup ini memang sukar. Bila kita sudah terbiasa hidup senang dengan kemudahan dan kemudian kemudahan itu ditarik balik dari hidup tentulah hidup huru-hara seketika. Tekanan mental usah cerita tidak dicampur dengan tekanan fizikal. Tambahan pula bila ia melibatkan anak. Jika kita sendiri tidak mengapa juga.

Kebiasannya saya harus menghantar abang ke Putrajaya terlebih dahulu. Kami keluar seawal 6.30 pagi dan menunggu di depan tadika Hakimy untuk menghantarnya dahulu. Kalau guru tadikanya datang awal, alhamdulillah tapi kalau mereka terlewat 6.35 pagi, maka jawabnya abang kena hantar saya ke sekolah terlebih dahulu atau dia yang kena menumpang Anas di stesen komuter Serdang.

Yang menjadi masalah tentulah jika perkara itu terjadi. Kadang-kadang abang terpaksa guna kereta atas urusan kerja. Maka jika kedua-dua perkara itu terjadi maka akan bermulalah pengembaraan kami berdua beranak. Biasa kami berdua akan menumpang Zila hingga ke Bangi. Kalau abang tak ada urusan kerja, dia akan ambil kami di Bangi dan hantar balik ke rumah sebelum dia bergegas ke tempat kerja semula. Jika tak, kami akan naik komuter hingga ke stesen Bangi. Dari situ kami balik naik kereta sapu. Pernah sekali di tengahari Jumaat (biasa hari Jumaat kami akan menumpang Kak Eka Fahara yang mengambil anaknya di Bangi, tetapi tengahari Jumaat itu luar biasa kerana Kak Eka tiada), kami naik kereta sapu. Kelakarnya kami dibawa pemandu untuk menghantar mat Indonesia yang naik kereta sama hingga ke Rinching Hilir.

Jika saya yang membawa kereta pengalaman itu akan bertukar kepada abang pula. Pernah dia naik bas berhimpit dengan pekerja Indonesia dan Bangladesh dari komuter Serdang ke Putrajaya. Yang bestnya bas tu siap pusing-pusing lama di Hospital Serdang sedangkan ketika itu memang dia hendak cepat sampai ke pejabat. Pada hari lain biasanya abang akan tumpang Anas sampai komuter Serdang. dari situ abang akan turun di Bangi dan saya jemput abang kemudiannya. Ataupun abang menumpang Hasmat/Johar di Bangi lalu saya menjemputnya di Bangi.

Kini segalanya sudah berakhir. Siksa hampir 4 bulan itu telah berakhir. Terima kasih semua kepada rakan-rakan yang sangat bersimpati dengan kami. Memang sekiranya boleh, kami tidak mahu menyusahkan kalian tetapi keadaan memang terpaksa. Terima kasih sangat-sangat. Budi baik kalian insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan yang lebih lagi oleh ALLAH.

ps: lupa nak ucap terima kasih pada Razali dan Khairul yang juga pernah kami tumpangi kenderaan mereka.

Terima kasih atas kasih sayang anda!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...