20 September 2008

Panduan Memohon Cuti Tanpa Gaji

Untuk guru-guru yang ingin memohon cuti tanpa gaji, harapnya apa yang saya catatkan ini akan dapat membantu.... al maklum dulu saya huru-hara juga kerana tiada pengalaman dan panduan...

1- Pekeliling mengatakan kita mesti memohon cuti 3 bulan sebelum tarikh cuti. Sesetengah GB sangat terikat kepada peraturan ini tetapi ada juga yang boleh berbudi bicara.

2- Tanya dengan PPD borang terkini untuk mengelakkan anda kena isi borang dua kali.

3- Pastikan anda sudah lulus temuduga SPP dan dilantik (bagi yang fresh) kerana bagi mereka yang belum dilantik tidak layak untuk mendapat cuti tanpa gaji.

4- Semua dokumen tambahan (seperti surat tawaran belajar, SPP, surat sakit etc) kenalah disahkan oleh GB.

5- Isi 5 salinan (1 salinan untuk simpanan anda).

6-Sentiasa buat follow up dengan kerani yang mengurusakan cuti anda.

7- Ambil sendiri borang yang sudah diproses dan hantar ke KPM (kalau nak cepatlah, kalau ikut prosedur PPD boleh poskan).

8- Apabila sudah dapat kelulusan, satu salinan beri pada sekolah.


Selamat Bercuti!

18 comments:

Khairul said...

Syoknya....cuti pun dpt gaji...g luaq negeri lak tu....

TINI said...

Salam Lily, ingat aku lagi tak? It's me MARINI. Taqdirnya aku bertemu dengan blog ni. Anyway, tahniah coz ke luar negara. Catatan pada blog ni bleh buat satu lagi novel kot...Salam buat family. Email aku kalau free nanti tini@upsi.edu.my.

laila kamilia said...

khairul:bila masa pulak cuti bergaji...x dak gajilah... abang yg bagi gaji

laila kamilia said...

tini: marini masdar ek...hi balik...nanti kita sembang lagi

Anonymous said...

assalamualaikum

laila

boleh bagi tau camna pula dengan penempatan semula bila dah habis cuti..

Amin

laila kamilia said...

anon-penempatan semula? rasanya kembali ke tempat asal la

Anonymous said...

Hello Laila Kamilia. Tahniah kerana berpeluang bercuti di luar negara. Berapakah lama Laila mengambil cuti tanpa gaji ni? Bagaimanakah prosedurnya selepas tamat cuti tanpa gaji ni? Adakah perlu pergi ke KPM untuk melaporkan diri? Penempatan semula ke?

laila kamilia said...

anon,
maaflah baru perasan komen ni. saya cuti 1 stgh tahun. balik ni kena lapor diri ke KPT, begitulah yg tertulis dalam surat kelulusan tu. saya harap sangat dapat ditempatkan semula...heheh

Anonymous said...

salam,saya dr kpt...tgh pening nk apply cuti belajau ni sbb tajaan MARA...boleh bg respon x...pasai pe x dpt cuti belajau bergaji penuh ekkk
tq

Anonymous said...

Assalamualaikum..laila boleh x nak cuti tuk rehat n fikir hala tuju perkhidmatan??

Mama Meen said...

Assalam
Saya sdg bercuti sthn, diminta lapor diri di JPN pada pertengahan Jun ini, masalahnya ketika itu saya x spai Msia lagi. Jadi saya perlukan cuti tambahan. Soalannya pada pihak mana nak ajukan permohonan GB lama @ JPN? Moga dapat idea dr Laila..

laila kamilia said...

mama meen,
saya rasa kena minta pada yang meluluskan cuti itu. lihat kepala surat sama ada JPN ke KPM, yang pasti bukan kepada GB.

Anonymous said...

nyampuk..
bru jumpa pengetua pg td minta ctg 3 thn efektif date 1 jan 2013-jaga anak. ikutkn xde mslh tp sch minta pertmbg jgn cuti.lbh setahun..kne reposting tmpt lain kompem.
me nk uruskn ank2 tanpa ganggu kjaya. nekad n no regret.

Anonymous said...

bagaimana kalau nak cuti selama satu atau dua minggu sahaja?

puan ina said...

salam...sy dh temuduga spp n dh lulus,tp belum dpt surat dr spp....bolehkan mohon cuti tanpa gaji untuk jaga anak?

boyoteen said...

Ade effect x dalam perkhidmatan kalau apply cuti tanpa gaji ni.

Anonymous said...

Apa syarat nak mintk cuti ni ya?

Anonymous said...

Boleh tak mnta cuti jaga anak 1 thn tetapi bkn lps bersalin. Anak sdh sekolah tetapi ada masalah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...