04 September 2008

Sekitar Perkahwinan Hayazi-Baizura



Awal-awal lagi saya melabel majlis ini perkahwinan Di Raja...hehehe kerana ia mengambil masa seminggu cuti sekolah yang lalu. Bermula dari akad nikah, resepsi perempuan hingga ke resepsi lelaki hinggakan khabarnya biras saya Zura mengambil cuti selama 16 hari!

Biras saya ni memang cantik, lembut dan manis...hehehe semanis coklat. Bertuah adik ipar saya yang dapat isteri secantiknya. Buktinya awal-awal lagi ibu mertua saya sudah memuji menantu barunya yang katanya sekali pandang macam Siti...hahaha...Yelah orangnya pula putih melepak. Saya dengar jiran-jiran yang turut sama bertandang ke resepsi perempuan turut memuji. Baguslah.... tapi yang tak bestnya nama saya turut terbabit sama.... Saya turut dibandingkan dengan biras yang comel lote tu...Bayangkan saya yang hitam manis ni nak dibandingkan dengan orang yang putih gebu...Awal-awal lagi saya angkat bendera putih.
Semoga Hayazi dan Baizura kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru....
ps: saya kena turun takhta dalam senarai menantu ibu mertua saya. Kalaulah adik ipar saya yang kedua Adi Kashfi naik pelamin, mesti saya jatuh takhta lagi.... Apapun adik-adik, kakak iparmu ini akan tetap menjadi pujaan hati anda!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...