01 November 2008

Ikan oh Ikan episod 2

Tutorial 2 : Mengambil gambar ikan di pasar Turki

Ini assignment yang Kak Lina bagi. Dah lebih seminggu baru saya sempat ke pasar Turki kerana abang outstation ke Timur Berlin selama 3 hari. Jadi sebagai langkah keselamatan, saya tidak ke mana-mana.

Mula-mula dapat assignment ini saya nak tergelak pun ada. Dah rasa macam agen 007 lah pulak. Hanya kerana seekor ikan! Dalam hati masih ragu-ragu, nak pergi ke tidak. Saya tanya abang, dia kata gila apa? Saya tanya Kak Eka. Hanya dia yang yakin dengan kemampuan saya menjadikan muka ini muka tembok. Katanya "Ko tu pun macam akak jugak kekadang, main aci redah!" Oh ya? Oh itu semestinya the different side of me! Hahaha. Syanika pula kata, saya sudah boleh jadi wartawan sekutu Kosmo! di sini bila saya kata saya sudah mula merisik-risik mencari bahan di sana-sini.

Akhirnya setelah membaca doa keluar rumah dan permudah urusan, saya bersama 2 anak teruna saya keluar rumah pada pagi Rabu yang renyai-renyai (bayangkan juga saya bawa kereta merah made in Germany saya tu!) Pagi tu sejuk sangat. Rasa-rasa saya suhunya 7 darjah celcius.

Sampai di stesen Leopoldplatz, saya terus main aci redah ingat-ingat lupa terus ke Mullerstrase. Sempatlah kena bebel dengan nenek Jerman tu sebab melintas jalan bawa anak kecil tak pakai stroller. Kat sini budak umur Hakimy masih naik stroller (dan harga stroller kat sini Ya Ampun, paling basic Euro 40=RM200!).

Si Hardy siap cakap "Mama, tak payahlah jalan dengan nenek tu!" Masa tu kami sedang melintas jalan dan nenek tu masih seronok membebel dalam bahasa dia (dan saya sedang mengangguk-angguk, geleng-geleng pada nenek tu, nak tunjuk konon-konon kita bagi perhatian pada perckapan dia yang saya langsung tak faham!). Saya kata pada Hardy " Biarlah, dengar ajelah nenek tu nak membebel...bagi peluang dia nak bercakap". Bila dah selamat ke seberang, saya cakap danke syoon (bermaksud terima kasih)....Nenek tu entah apalah fikirannya. Agaknya dia kata aku maki dia banyak-banyak boleh lagi dia ucap terima kasih... Tapi intinc saya kuat mengataka yang nenek tu memberi nasihat supaya kami berhati-hati semasa melintas terutama bila bersama budak-budak.

Sebenarnya itu baru kali kedua saya nak ke pasar Turki. Pertama kali dengan Fida dan kali ni saya kena pergi sorang-sorang. Alhamdulilah, dengan bantuan Emy dan Naz melalui telfon, saya sampai juga ke sana. Inilah gambar yang sempat saya rakam.

Mula-mula berlakon konon-konon nak beli ikan. Cepat hardy ambil gambar mama!


Okey, pandang kanan dan kiri...selamat 1 gambar...

Yang ni pun selamat...hehehe 2 keping gambar dah selamat


Alamak...tuannya dah datang....itu yang blur...

Ok nampaknya assignment saya dah siap. Sekarang tunggu Chef Norzailina nak komen. Saya dah selesaikan Tutorial 3 : Baca entri Kak Eka tentang ikan. Saya juga dah selesi Tutorial 4: Tengok katalog supermarket.... buka kamus Jerman dan terjemah.... Mmm...rasanya dah lengkap kelas tutorial saya...tunggu praktikal saja.

Ada soalan yang sedang bermain di fikiran... Harga ikan kat sini lebih mahal dari harga ayam 2 ekor. Saya tak pernah rasa ikan kat sini, entah boleh diterima tekak entahkan tidak. Sanggupkah saya membelinya? Dan sanggupkah penjual itu menjual sepotong ikan kepada saya?

2 comments:

norza said...

Laila....wehh, tak sangka kau berjaya dlm misi ambik pix ikan di pasar, hehe. Mahalnyer harga...dan tentunya frozen dan rasanya mungkin tak semanis ikan fresh. Jadi, kalau nak masak kena bubuh lebih rempah atau herba. Akak cam ikan salmon aje dan trout (pix tengah, kanan). Isi trout memang sedap, goreng garam kunyit dan curahkan sambal yg ditumis...Kalau kukus dengan halia pun terangat. Selamat memasak, hehe.

laila kamilia said...

ok kak lina...entah berzaman hang tuah mana agaknya saya nak beli ikan tu...insyaAllah jika ada kesempatan saya masak juga ikan tu...muah! terima kasih daun keladi chef!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...