19 October 2008

Penghargaan dari Laila untuk anda

Tanpa anda semua di belakang saya, siapalah seorang Laila! Kesempatan ini saya ingin merakam jutaan terima kasih buat semua yang sentiasa menyokong hobi saya ni... Ada orang bertanya kenapa Laila rajin sangat abadikan nama-nama atau watak-watak rakan-rakannya kat dalam novel... Jawapan saya mudah saja...itu caranya saya mengabadikan kenangan bersama anda semua. Itu juga caranya saya menghargai persahabatan kita. Kerana bila kita tiada lagi nanti, tulisan saya itu akan dapat dikenang oleh penyambung zuriat kita.... Terima kasih kerana mewarnai dunia Laila.

Yang pertama sekali tentulah untuk suami Aedy Fadly Ramli yang sentiasa menjadi hero dalam hidup saya. Tanpa dia menyelamatkan saya berkali-kali, Saat Kau Hadir ini tidak akan sekali-kali hadir.

Untuk ibubapa Puan Hamidah dan Encik Kamaluddin juga mertua Hajah Abidah dan Haji Ramli yang sentiasa memberi sokongan dan suntikan semangat untuk saya terus menulis.

Anak-anak yang comel dan nakal Hardy Zahidy dan Hariz Hakimy yang selalu mengacau mama 'bekerja'. Suatu hari kalian akan faham juga.... dan saat itu mama pasti merindukan telatah kalian mengganggu mama.

Dr. Imran Syakir yang sudi meminjamkan nama Dr. Imran Syakir dalam SKH ini. Begitu juga Illiana Azizan untuk Eliana Irdina. Persahabatan antara kita akan menjadi kenangan terindah yang tidak akan saya lupakan. Moga kalian menemukan kebahagiaan dalam hidup akhirnya. Orang yang baik, akan bertemu jodoh dengan yang baik juga, InsyaAllah.

Ernaleza Mahsum, yang banyak membantu saya mengenali orang Sabah. Dalton di Pulau Mamutik dan Firdaus dan rakan-rakan di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah. Perkenalan yang sekejap tetapi meinggalkan kenangan yang manis buat saya. Aramaiti!

Kakitangan Alaf 21 Sdn Bhd yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan, bimbingan dan panduan buat pendatang baru. Tanpa mereka bekerja bersungguh-sungguh, SKH ini tidak sekali-kali akan menjadi realiti.

Para peminat novel dan Alaf21 Fan Club yang sentiasa menyokong juga memberikan komen dan kritikan membina untuk saya lebih berdaya saing dan bekerja lebih kuat.

Rakan-rakan novelis yang menyemarakkan semangat saya untuk menulis dan menulis, lalu kritikan mereka saya jadikan panduan untuk meningkatkan mutu penulisan-Kak Norzailina Nordin, Kak Lily Haslina Nasir, Kak Eka Fahara, Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Lily Suriani, Rose Harissa dan Umi Azrini. Juga rakan-rakan penulis lain yang senarainya terlalu panjang untuk saya tuliskan. Terima kasih untuk semua.

Juga pelayar blog yang rajin mewarnai lailakamilia.blogspot.com

Selamat membaca Saat Kau Hadir. Yang baik jadi tauladan, buruk buat sempadan. Semoga terhibur!


8 comments:

YaNa said...

dan terima kasih untuk akak yang benar-benar menghargai nilai persahabatan...

laila kamilia said...

persahabatan itu nilainya besar dari wang ringgit.... terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari sahabat akak

marfuza said...

bila nama kta plak nak masuk dlm novel akak?
izi dah ada...

TAK ADIL !!!!

laila kamilia said...

hehehe... nama awak...akak amik tang Mar boleh? watak apa ek? nanti akak fikirkan....

marfuza said...

MAR je? tu nama macik mariam kita curi.. amik la marfuza.. kan sedap.. maknanya yg terpelihara.. muahahahahaaaa...

Anonymous said...

Salam...
Maaf tak berkesempatan menghantar ke KLIA.. anyway, wish u and ur family all the best.... :) Balik nanti habaq-habaq mai la.. bole jumper.... -Liza Taman Sutera

laila kamilia said...

marfuza...yg terpelihara.... hehehee macam tak padan je nama ngan tuannya...hahahaha saja nak kacau anak dara cik yam....akak tau anak cik yam ni baik sangat2.... sopan...santun....dengar cakap.... dan kuat merajuk...hahhaha

laila kamilia said...

liza: takpe...ada rezeki kita jumpa lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...