09 November 2008

Gambar di sekitar Majlis Soft Launch Tika Rindu Berlagu dan Saat Kau Hadir

Terima kasih pada Rinn yang sudi menghantar gambar ini eklusif dari bumi Malaya ke bumi Hitler ini. Disebabkan saya tiada di sana, maka gambar saya tak ada. Tapi tak apa, novel SKH ada kat sana. Apa kata saya cuba mengasah bakat menulis dialog pada gambar-gambar tersebut. Kalau betul, nanti saya balik Malaysia, belanja pizza yer.... hehehe, jangan marah nanti kena jual!


"Ni nak tengok kamera mana ni? Banyak benar kamera, macam artis aje gayanya. Nengok yang sini, yang sana berkelip. Penat dah kontrol macho...." Ayat Mersik.



"Awat? Betui ka cerita hang....pasai apa akak tak tau?" Huhu...Ayat Kak Eka tu. Tengok dia excited, nasib baik tak potong jari.





"Apa kata kita lawan, sengih siapa yang menjadi pujaan hatinya." Itu ayat Lynn.


"Ekau tulih namo akak biau betui, jangan salah ejo...". Lily tengah perati wakil Putrafm menyelesaikan tugasnya menemuramah setelah kenyang makan Pizza... Tulis dik jangan tak tulis nanti Encik Hazry tanya balik nanti.



"Yang mana satu untuk Sara, mana satu untuk Diana..." Hehehe mati aku balik ni kena ketuk ngan Kak Eka.


"Ini hadiah ni balik kena baca.... bukan bagi saja-saja..." Kata Lily. Adik tu jawab "Baik kak, nanti saya minta aweks saya baca."

"Pegang! Nak gempa bumi!" Kata Bikash. "Tang perut akak jangan ambik tau...bagi nampak sekerat je..." Kata Lily.



Satu tengah belek ipod (ke belek muka), satu tengah promosi kuih Deepavali.

"Ada watak untuk Kak Ija tak Bikash?"


"Silalah rasa kuihku ini..." Kak Lina menghulurkan kertas cabutan bertuah sebenarnya.

"Sat akak jenguk... akak ni kena pakai cermin mata ni. Ha! Dah panggil nombor tu awatnya tak bangun!" Kak Eka memang best!


"Kami dah janji pakai tudung warna sama." Kata Rinn mewakili Shanika.


Terima kasih kepada Geng Kicap di http://gengkicap.blogspot.com/
Junaidix di http://www.junaidix.net/(yang siap upload video lagi!)
dan Retna di http://mesejmesej.blogspot.com/
yang menyiarkan Soft Launch ini dalam blog mereka!

2 comments:

Raihan Wahida said...

thanx akak coz comment profile tuh! hehehe... neway, camana akak dapat idea nak tulis novel! dahla nak tulis novel ni panjang bukan main! x penat ke tulis panjang-panjang? huhuhu... neway, insyallah dalam masa terdekat nie saya akan beli novel tu! thnx again!

laila kamilia said...

idea? dari pengalaman hidup, pengamatan dan penelitian, pembacaan, tonton wayang. memang penat dik...nak menyiapkan dari satu muka ke satu muka...hanya kesabaran yg membawa kita menyiapkannya....terima kasih atas sokongan...and keep in touch...wish u g luck ngan novel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...