17 December 2008

Rumah kecil kami yang baru II

Aktiviti kemas-mengemas bermula bila orang Ikea datang hantar barang pada petang Aidil Adha yang bersejarah. Sebenarnya kami mengharapkan agar barang-barang itu sampai pada hari Sabtu, 6 Disember sebelum sambutan Pra Aidil Adha di rumah kami itu tetapi rencana itu tidak kesampaian... Sudahnya pada hari Aidil Adha di saat rakyat Malaysia solat Aidil Adha dan menyambutnya dengan acara makan-makan yang panjang hingga ke malam, kami bertiga hanya duduk di rumah... Janji dengan Ikea jam 1.45 tgh tetapi kadang-kadang janji itu bukan boleh dipakai kerana mereka pernah buat rekod datang jam 8.00 pagi atau di saat kita tak bersedia menerima mereka kerana kita berada di tempat lain... Jadi untuk tidak menghuru-harakan Aidil Adha orang lain, maka kami duduk diam-diam saja di rumah....

Sampai saja barang-barang, saya termenung. Lampu bilik dan penyidai sudah selamat saya usahakan bersama Hardy. Bila buka saja meja studi dan rak TV terus saya surrender! Tengok skru macam-macam, dah tahu dah...kepakaran saya bukan di situ. Sudahnya bila abang balik jam 6.00 petang dari kuliah, kami memulakan aktiviti memasang semua barang-barang. Jam 12 tengah malam...barulah semuanya selesai....

Inilah hasilnya.... penat wo...


Ruang tamu


Dapur

bilik air paling best sebab ada bath tub... bilik studi

Inilah rumah kecil kami yang akan kami duduki insyaAllah sehingga Mac 2010 nanti. Jika ke Berlin, Jemputlah ke rumah!

8 comments:

VLINDERS said...

bilik study demo tunjuk, bilik mandi pon demo taye.. bilik beradu demo simpe mano?? tepek la mari.. kawe nok tengok!!

ouchhh...

azizailan said...

ni balik malaysia tahun 2010 boleh jadi ejen ikea ni kt Seri Putra....

Anonymous said...

simple dan cantik...

Eka Fahara said...

laila,
Wah! pas ni ni kau berendam semedang yer...suka nengok rumah tu......

laila kamilia said...

lin: mana leh tempek gbr tpt beradu....hahhahaah
ps: sbnrnya bilik tu bsepah...tu yg x amik gambo...

laila kamilia said...

encik aziz: ejen Ikea??? hehehe boleh dapat duit ke...

laila kamilia said...

anon: terima kasih...

laila kamilia said...

kak eka: nanti waktu summer blhla berendam... kak, dapur saya luas...kalau akak dtg gerenti x berlaga bahu...rindunya kat akak...
semalam masak kek pisang sekali jadi bingka pisang....hahahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...