20 January 2009

Bersama Ustaz Dr MAZA di Berlin

Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA)

Kesempatan lawatan beliau selama 2 hari ke Berlin tidak disia-siakan oleh kami, warga Malaysia di Berlin. Dr MAZA, bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang sangat popular di negara kita, sedang mengikuti kursus sabatikal di UK membuat lawatan pertama kalinya ke Berlin pada 18 Januari 2009 (Ahad) yang lalu. Kedatangan beliau disambut oleh rakan pelajar Malaysia (termasuk abang) di Stesen Utama, Berlin Hauptbanhof sekitar jam 5.30 petang. Selepas check in di hotel, beliau dibawa untuk mengunjungi Duta Besar Malaysia ke Jerman, Y.Bhg Dato' Zakaria Sulong dan isterinya YBhg. Datin Hazizah Ahmad di kediaman mereka pada jam 7.30 malam. Saya bersama beberapa rakan yang lain juga mengikuti rombongan ke rumah Duta buat pertama kali. Kami dihidangkan dengan makan malam yang sungguh lazat serta Teh Tarik!!!

Pada 19 Januari 2009 (Isnin), satu sesi majlis ilmu bersama ustaz MAZA diadakan di apartment saudara Rizza dan isterinya Mar. Kami bersama-sama menyediakan pot-luck untuk majlis tersebut. Melihat keperibadian dan caragaya beliau yang bijak menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan hujah dan nas yang sahih, saya percaya, negeri Perlis dan Malaysia umumnya amat merasai ketiadaan Ustaz MAZA pada ketika ini.

Walaupun, saya tidaklah terlalu mengetahui tentang beliau, namun bertemu dengan beliau serta peluang mendengar pandangan beliau membuatkan saya yakin bahawa beliau seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di bidang agama Islam. Bahkan beliau boleh bercerita tentang topik-topik lain seperti hal ehwal semasa, sejarah Jerman (yang saya sendiri tidak cuba untuk mendalaminya) dan lain-lain lagi.

Untuk mengenali dan mengikuti tulisan dan pandangan Ustaz MAZA, bolehlah ke laman web beliau di http://www.drmaza.com/ .

Peluang bergambar bersama Ustaz MAZA

Keluarga Malaysia di Berlin bersama Ustaz MAZA.

6 comments:

vlinders said...
This comment has been removed by the author.
vlinders said...

memang best, dpt degnar lecture Dr Maza secara live 4 mata, bulan lepas sblm ke Turkey Dr ada dtg Newcastle.. harapnya Dr dpt dtg lagi next time..

laila kamilia said...

oh ye...sempatla ko jumpa dia ye...

vlinders said...

Sempat2, melihat airmuka yg jernih org beriman.. sejuk dan lapang dada..

maicher said...

glory25800
sickle25800
singer25800
skimp25800
proton25800

Anonymous said...

dr maza wahabi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...