31 January 2009

Hardy der Ritter

Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh Hardy sejak masuk ke sekolah 2 minggu lepas. Sebabnya gurunya sudah memaklumkan bahawa pada hari ini semua murid kena memakai kostum sempena Pesta Kostum. Jadi mereka kena bersiap memakai kostum dari rumah sebelum ke sekolah. Kiranya semua persiapan dari memilih, membeli hinggalah ke make up diuruskan oleh ibubapa. Guru hanya membawa anak-anak yang sudah siap terus ke Pesta. Berbeza sekali dengan suasana di Malaysia, di mana guru bermati-matian menyediakan kostum murid terutamanya pada hari sukan.

Di sini, boleh dikatakan semua shopping mall terlibat dalam acara tahunan ini. Bermakna mereka menjual kostum ini dan mempamerkannya di gedung mereka. Ada macam-macam kostum dari kostum pekerjaan hinggalah ke fairy tales setiap satunya siap dengan kelengkapan kostum masing-masing. Ada pedang dan perisai, ada stestoskop, ada topi, gigi vampire apatah lagi kayu magic pari-pari ataupun penyapu ahli sihir.... Memang meriah suasananya...

Hardy der Ritter und Muiz der Piratten

Hardy memilih untuk menjadi askar perang sebab katanya sama dengan askar dalam game Age of Empire... Mulanya saya suruh dia jadi vampire sebab saya tengok kostumnya cantik. Saya siap tunjukkan dia apa itu vampire dengan menonton Nabil si Raja Lawak di Youtube, tetapi dia tidak terpengaruh.
Pagi tadi semasa saya menghantar dia ke kelas, saya terlupa membawa kamera. Jika tidak boleh saya rakamkan betapa meriahnya suasana di dalam kelas Hardy pagi tadi. Ada Cinderella, ada polis, ada bomba, ada Superman, ada vampire (make up vampire ni memang melampau, siap ada darah lagi kat muka!).
Saya gembira bila Hardy gembira dengan sekolahnya... Balik Malaysia nanti, kalau dia terpaksa dihantar ke kelas tuisyen untuk mengejar silibus, itu lain cerita...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...