22 January 2009

Horizon Cinta di Pasaran!

Dah lama tak bersembang bertentang mata dengan ibu muda ini. Kali terakhir rasanya kami bertemu dua tahun lalu sebelum Umi terbang ke Bahrain. Pasti Horizon Cinta akan mengubat hati peminat Umi Azrini yang hit sebelum ini dengan Sejujur Hatimu. Semangat Umi dalam berkarya sangat-sangat saya kagumi....Umi, tolong tiupkan sikit semangat itu ke Berlin....hehehe. Kepada anda di sana, dapatkan segera novel ini di pasaran!

ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.

Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?
http://umi-azrini.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...