23 January 2009

Jumpa Awang Kenit di Berlin....

Gambar ini dirakam semasa kami ke Spandau, Berlin sebulan lepas sebelum Krismas. Saya suka gambar-gambar ini kerana inilah pertama kalinya saya berjumpa dengan Santa yang kecil comel. Tingginya sama dengan tinggi Hakimy.
Menurut Kak Aminah, teman saya di sini (warga Jerman yang sudah Islam), Awang Kenit ini tidak dipanggil Santa. Panggilan Santa hanya di Amerika dan UK. Di sini yang putih namanya V├Ąterchen Frost dan yang merah putih itu Weinachtsmann. Yang berwarna putih biasanya dari Rusia manakala yang di Jerman berwarna merah putih...
Bila musim Krismas, saya mesti teringat musim Aidilfitri di Malaysia... Meriahnya di mana-mana... Tahun ini saya dijangka merayakan Aidilfitri di sini dan khabarnya puasa tahun ini akan menduga sungguh kerana kami akan berpuasa selama 14 jam! Dugaan di rantauan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...