07 January 2009

KEMBARA EROPAH: London.... akhirnya sampai juga....

Sebenarnya saya tidak pernah bermimpi akan menjejakkan kaki ke sini. Sebabnya tentulah kos hendak ke sini tinggi apatah lagi nak bershopping di kota London. Namun disebabkan saya sudah berada di Europe, maka kalau tak ke London memanglah rugi. Jadi rancangan ke London yang saya usulkan diterima dengan baik oleh abang. Sementelah kami punya beberapa rakan di England yang boleh kami tumpang berteduh....(dan makan-makan..haha.)

Kami tiba 23hb...dah tengah malam pun. Beza waktu dengan Berlin, 1 jam lebih awal. Mujur Hisham datang ambil kami di airport. Jadi kami berjalan secara rasminya pada 24hb. Kami ke Big Ben, London Eye, Trafalgar Square lalu ke Oxford Street.


Kat sini saya rasa lain sangat. Pertama; saya boleh faham apa yang orang kat sekeliling bercakap. Selama ini di Berlin, sebab saya memang mangkuk bahasa Jerman maka apa yang orang-orang di sekeliling saya cakap, saya tak pernah ambil pusing. Sepertinya saya berada dalam dunia saya sendiri; hanya ada saya, abang dan anak-anak. Apa orang lain cakap, langsung saya tak tahu. Tapi kat sini... beberapa kali kepala saya tertoleh mendengar mereka memaki hamun di telefon ataupun bergurau sesama sendiri...Terasa saya baru tersedar, yang selama ini saya bukanlah pekak dan tuli.
Kedua; kata kawan saya kat London ni kalau baling batu, mesti kena orang Melayu. Perumpaan yang dia buat memang betul sebabnya di mana-mana mesti berselisih dengan orang Melayu, Malaysia. Beza sungguh kalau kat Berlin, terasa teruja bila nampak orang Melayu hingga ajak balik ke rumah, makan-makan. Kat sini, asyik bersentuh bahu. Dan mereka pun buat tak tahu. Yang peramah sempat juga melempar senyuman....

3 comments:

vlinders said...

seronok dpt jumpa akk haritu

laila kamilia said...

akak juga seronok dpt jumpa ko...n looking fwd to meet you here in berlin

splendid said...

gucci
gucci bag
gucci handbag
buy gucci
gucci wallet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...