18 February 2009

Bercinta...tidak semestinya bersatu...

Siapa yang ingin jatuh cinta hanya jika untuk terluka
Siapa yang ingin jatuh cinta hanya jika untuk tenggelam dalam air mata
Siapa yang jika diberi pilihan, tidak mahu hidup bersama kekasih hatinya
Siapa yang mahu hidup sengsara
Membiarkan kekasih hati hidup bahagia
lalu diri menanggung derita
tetapi itulah erti cinta bagi sesetengah mereka
Cinta tak semestinya bersatu
Cinta tak semestinya keduanya bahagia ke jinjang pelamin


Cinta itu boleh juga jadinya...
Asalkan si dia berbahagia, saya sudah pun punyai seluruh dunia
tidak mengapa tidak bersama
kerana cinta tak semestinya bersatu
Jika akhirnya kita akan mengatakan
"Cukuplah melihatnya bahagia dengan orang lain yang berhak membahagiakannya"
kerana jodoh, ajal dan maut ketentuan dariNya
Kita hanya merancang, Dia menentukan


Sekuat manapun kita berusaha
jika akhirnya kita akan mengatakan
"Usaha saya sampai di sini saja"
Jika tidak tertulis jodoh kita dan dia
Ia pastinya tidak akan membawa kita ke mana-mana
Kerana jika benar dia dan kita memang ditakdir bersama
Dalam dunia lain pasti tetap bersama juga
InsyaAllah...pada masa yang akan datang, dia akan kembali juga....

ps; sajak ini ditujukan istimewa buat dua insan istimewa dalam hidup saya, satu di Malaysia dan satu di UK yang berkongsi nama yang sama....yang begitu tegar mempertahankan cinta kerana mereka tahu cinta itu tidak semestinya bersatu. InsyaAllah, sebagai teman, saya akan sentiasa meminjamkan bahu dan telinga walau mendengar cerita yang sama dari mereka. Kerana dalam persahabatan; tiada sempadan antara kebahagiaan dan penderitaan...tiada sempadan antara kelebihan dan kekurangan. Kita akan sama-sama mengharunginya....walau berkali-kali saya katakan....hidup ini harus diteruskan...dan berhentilah mengesat air mata luka.

Laila@Berlin
18 Februari 2009
8.01mlm

8 comments:

sharifah said...

bagaimana jika hati sudah dimiliki tetapi seseorg yg pernah didambakan dulu muncul menghulurkan salam? susahnya nk menenteramkan hati yg mula goyah. arrgghhh!!!!!!!!!!

Che Lin Cun said...

cinta yg diberikan sepenuh rela walaupon derita tetap rasa bahgianya..

laila kamilia said...

sharifah: cepat2 lari beratus2 batu...kdg2 itu semua dugaan saja...berpeganglah pada tali janji. kita semestinya tak dapat menggapai pelangi walaupun ianya cantik dan memukau mata...

laila kamilia said...

che lin: ye...saya memahaminya...

56 westholmes garden said...

jiwang karat juga cik kak kita ni!!!

laila kamilia said...

jiwang karat ye kak anis? hehehe

Jard The Great said...

salam singgah.. suka la entri nih.. hehe

Rabia Sensei said...

Indahnya..thanks.

Btw, Copy and shared it in my blog. (Credit it to you too) Thanks =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...