14 February 2009

Untuk Dalilah!

Yang selalu keep in touch dan menghantar berita-berita sensasi ke Berlin; inilah jawapan saya kepada soalan-soalannya bila saya memberitahu hasrat suci murni saya hendak makan buah Melaka. Soalannya ada 4 tapi saya biarkan saja tidak berjawab:
1-Ada tak tepung pulut di Berlin?
2-Bagaimana dengan daun pandan?
3-Kelapa parut macam mana?
4-Gula kabung mana nak cari?
Inilah hasilnya dari resepi yang dikirimnya ke Berlin. Dah menjadi dah buah Melaka saya! Terima kasih....daun keladi....Walaupun tidak berapa cantik di dalam gambar tapi rasanya dapat mengubat seribu rindu pada keenakan buah Melaka di Malaysia. Hehehe. Rupanya orang keras tangan ni boleh juga buat kuih...yang hairannya semua kuih yang saya cuba di sini menjadi...bermaksud boleh dimakan la. Bak kata Emy, teman saya di Berlin "Kat Berlin ni masak apa saja semua menjadi kak." Betullah.... Hanya perlukan sedikit kreativiti..... mengubah bahan di sana sini...

2 comments:

emy said...

wah,dah jadik dh buah melaka tu?sedapnyee.....aritu carik pewarna ijau kat edeka tapi xdela..wrna merah adela..hehheeh...projek kuih lapis bile plak??? ;)

laila kamilia said...

hehe kuih lapis on the way...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...