05 March 2009

Elemen Budaya dalam SKH: Perkahwinan Melayu Bisaya Sabah


Di dalam novel SKH, saya mewujudkan watak Dr. Imran@Dalton sebagai seorang lelaki dari masyarakat Melayu Bisaya dari Sabah. Sengaja saya wujudkannya sebegitu bertujuan untuk memperkenalkan Melayu Bisaya ini yang jarang kita dengar di Semenanjung. Lagi pula adalah menjadi kebiasaan menjadikan hero di dalam novel sebagai lelaki Melayu sejati.

Berikut adalah maklumat berkenaan perkahwinan suku ini yang tidak saya masukkan ke dalam SKH kerana scene-scene itu tiada di dalam novel ini. Oleh kerana saya sudah mendapatkan maklumatnya, maka mari kita kongsikan istiadat perkahwinan di kalangan orang Melayu Bisaya ini sekadar pengetahuan tambahan. Ambil nota bahawa ini adalah istiadat perkahwinan sesama orang Bisaya.

Tentatif majlis perkahwinan orang Bisaya pada masa kini:-

Hari Khamis atau Jumaat:
Acara mengelupis. Acara bergotong-royong sesama sedara mara dengan jiran tetangga untuk membuat kuih kelupis atau lampan (kuih tradisional orang Bisaya).
Lamban-daun kelapa dilipat macam sampan selepas itu dibubuh beras pulut separuh masak, lalu dilipat tutup dan akhirnya direbus. Kelupis pun sama cuma beza pada bungkusan kerana ia menggunakan daun juga. Cara hendak makannya: Boleh dicicah bersama kari daging.

Petang Jumaat:
Majlis akad nikah (cuma saudara-mara terdekat sahaja dijemput). Hidangan minum petang disediakan.

Malam Sabtu:
Majlis berinai sama ada buat berasingan (rumah pengantin masing-masing) tetapi jika berkahwin dengan orang jauh, ia dibuat sekali untuk memudahkan. Sebelum majlis berinai mula, solat Jemaah Maghrib dan Isyak biasanya dahulu barulah berzanji.
Kadang-kadang ada juga orang yang membuat majlis cukur jambul sekali ketika ini.
Kira-kira jam 10 malam baru majlis berinai bermula. Ketka inilah acara seperti menepung tawar dibuat. Jamuan makan kenduri sudahpun bermula sekitar jam 8. Jam 10 malam akan ada hidangan kuih muih tradisional macam kuih sapit, jala, baulu, kuih cha-cha (kuih ros kalau di Semenanjung).

Ahad:
Tetamu mulai datang sekitar 8.30 pagi bermula dengan sarapan pagi dengan kuih-muih dulu.
Jam 10 pagi barulah hidangn tengahari disediakan. K
Jam 12 atau 1 atau paling lewat jam 2 acara menaikan pengantin bermula. Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dan disandingkan. Biasanya majlis bersanding ini dibuat awal sekitar jam 12.30 atau 1 tengahari bagi mengelakkan tetamu pulang. tanpa sempat melihat pengantin. Inilah kemuncak majlis perkahwinan ini.

Malam Ahad:
Biasanya ada acara potong kek tapi untuk keluarga terdekat saja.

Info tambahan: Biasanya sepanjang majlis perkahwinan itu ada kumpulan pemuzik Kulintangan (macam gamelan) akan mainkan muzik tradisional + moden. Antara lagu yang wajib dilagukan adalah lagu Cindai. Tanpa pemuzik ini, majlis majlis perkahwinan akan jadi sunyi sepi.

Pertunangan:
Pihak lelaki dan pihak perempuan berbalas dulang hantaran. Sama macam semenanjung juga kena bilangan ganjil. Cuma yang beza dikalangan orang Sabah, kahwin sekali saja hantaran jadi masa nikah nanti bawa mas kawin saja.

Sumber: Terima kasih kepada Ernaleza Mahsum yang banyak memberi info terutamanya tentang Sabah dalam SKH. http://anakbunga80.fotopages.com

7 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih LAILA KAMILIA kerana memperkenalkan mesayarakat Melayu Bisaya di mata rakyat malaysia,memang tidak di nafikan etnik melayu Bisaya ini kurang dikenali dan ada yang tidak tau akan kewujudannya etnik Melayu Bisaya ini di Malaysia..mungkin ramai yang Mengenali Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin Tim.Menteri Pengangutan Malaysia dan Datuk Azizah Hj Mohd.Dun bekas Tim.Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Malaysia ,kedua org besar ini adalah dari etnik Melayu Bisaya Sabah yang berasal dari Daerah Beaufort tempat dimana asal Melayu Bisaya yang paling ramai..
-Maaf LAILA KAMILIA lagu wajib bagi muzik Kulintangan@Bagandang bukan Cindai tapi lagu tradisi iaitu Corocop,Gimbal dan Sumandak Timpang Gakud-
-Berbalas hantaran dulang mengikut org2 Tua Melayu Bisaya yg pernah saya dengar hanya dipinjam dari Mesyarakat Melayu Brunei dan baru wujud pada masa ini tapi ini jarang diamalkan-

terima kasih sekali lagi

you tube:
Kulintangan Landayan Boys

laila kamilia said...

terima kasih untuk info berguna...

Beta said...

Masyarakat Bisaya sememangnya masyarakat asli yang mengamalkan ajaran Isalam yang tulen. Jika ada mengatakan acara berbalas hantaran merupakan pengaruh masyarakat brunei, mungkin ada benarnya kerana adat-adat ini kebanyakannya dipengaruhi oleh ajaran hindu-buddha dan memang suatu masa dahulu ajaran tersebut meliputi kehidupan di nusantara ini. Bisaya juga masyarakat pertama memeluk ajaran Islam apabila Raja pertamanya Sultan Awang Alak Betatar memeluk Islam pada 1363 dan bergelar Sultan Mohammad Shah.

vinniemoore said...

wah crita pasal biasa, hehehe. my clan ni.

vinniemoore said...

haduh slh type. >> cerita pasal Bisaya. My clan ni. nice info :)

lil girl said...

hmm..sy pun ulun (org) bisaya jugak.klu diikutkan sgt zmn dl kala, sblum meminang tu ada acara merisik dl. merisik pun bkn 1 kali. risikan 1st tu wakilnya 1 org. risikan 2nd tu 3 org wakil. then dia tny,klu kena terima ada risikan kali ke3 pla dgn 7 org wakil..bw hantaran sbnarnya mmg bkn adat sbnar.lagu kulintangan mmg spt corocop tu.tpi lagu len pun leh men gak..pastu org bisaya sbh ni semua muslim.brbeza dgn bisaya sarawak mostly non-muslim. di filipina pla ada bangsa visaya berbeza ejaan.mostly visaya pun n0n-muslim..apa tajuk novel akak yg ada watak bisaya tu?

marif said...

Terima kasih kepada penulis kerana memperkenalkan masyrakat bisaya kepada umum termasuk juga budaya masyarakat ini.saya setuju lagu kulintangan yg asli ialah corocop dan gimbal, namunbegitu pada masa kini ada elemen lagu moden juga di mainkn untuk hiburan kepada para tetamu yang datang pada majlis tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...