29 March 2009

Sehari Bukan 24 Jam!

Kalau masa di Malaysia, saya selalu merungut tidak cukup masa 24 jam sehari. Kalau boleh biarlah ada 25 jam ke. Kalau masa rasa panjang sangat, saya berharap pula masa ada 23 jam sehari! Tapi bila di Berlin ni, saya merasa ketiga-tiganya.....

Di permulaan Winter tempohari sekitar bulan Oktober jika saya tidak silap, setiap orang kena menambah masa selama 1 jam bermakna hari permulaan Winter menjadi 25 jam sehari.... Ini menjadikan perbezaan waktu dengan Malaysia yang sebelumnya 6 jam menjadi 7 jam. Ini bertujuan untuk memanjangkan masa siang yang selalunya cepat gelap kerana musim sejuk ketiadaan matahari (jam 3 atau 4 sudah Maghrib).

Jadi semalam disebabkan Winter telah secara rasminya tamat, malam tadi setiap orang kena mengurangkan masa selama 1 jam kembali menjadi 23 jam sehari menjadikan perbezaan waktu dengan Malaysia kembali menjadi 6 jam!

Hari ini, masa kami menjadi 24 jam sehari kembali....Jadi siapa kata kita tidak boleh memiliki 23 jam ataupun 25 jam sehari!

3 comments:

Lynn Dayana said...

Sebenarnya kan laila..ada manusia yang ada 45 jam sehari! malah 50 jam pun ada! Kau tahu siapa? Hehe tauke kedai jam! hahaha...lama tak ketawa dgn ko!

Che Lin Cun said...

pembetulan..23 @ 25 jam sehari hanya skali dlm sthun.. iaitu masa waktu tersebut ditukar... semalam, hari saya hanya 23 jam!! dan harini kembali 24 jam

laila kamilia said...

lynn: betulla tokey tu ada banyak jam... tapi selalunya jam dia xleh pakai...mesti tunjuk kul 10.10 aje...entah pagi ke malam x taula...hehehe aku pun lama x dgr ko gelak...hahahah

cik lin: ye...setahun sekali tapi kita merasa juga 23 jam dan 25jam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...