18 May 2009

10 Facts About Me!

Alamak! Fakta bukan auta tentang saya? Si Hezy ni tag saya dengan tag maut ni... Setelah fikir-fikir medium apa yang terbaik hendak menerangkan tentang diri saya, hah saya rasa gambar-gambar ini sudah menjelaskan siapa saya....


1.Pertama kali bertemu, orang akan kata saya ni sombong, garang dan sopan. Hahaha.... yang paling tak tahan sopanlah.... tetapi hakikatnya saya ni terlebih peramah (Pah Bedah) dan dong-dong (kelakar dan gila-gila). Yang mana orang tak buat itulah yang saya suka nak cuba (tapi terhad kepada aktiviti yang bukan hendak membunuh diri macam mencuba roller coaster).

2. Saya suka aktiviti lasak seperti berkhemah, melancong (jalan-jalan), bersukan dan aktiviti luar. Kalau di sekolah, pasti saya tak senang duduk kalau tak bawa anak murid saya keluar dari sekolah.

3. Saya suka makan-makan dan kalau tahu ada tempat makan yang sedap dan baik punya, saya mesti cari.

4. Hobi saya lagi satu yang banyak menghabiskan duit selain jalan-jalan dan bershopping ialah mendekorasi rumah. Ada saja yang saya nak tambah dan tukar. Biasanya saya akan menukar susun atur perabot di rumah setiap 6 bulan atau setahun sekali.


5. Saya boleh memikirkan 3, 4 perkara dalam satu masa. Pemerhatian saya sangat tajam. Jadi kalau saya duduk diam-diam tu, mesti ada sesuatu perkara yang sedang saya fikirkan atau perhatikan kerana istilah duduk diam-diam tanpa membuat apa-apa tidak ada dalam kamus hidup saya.

6. Dalam hal-hal yang serius, saya hanya bercakap jika saya rasa saya perlu bercakap. Jika tidak, berdiam adalah lebih baik. Saya tidak suka bercakap yang hanya akan memudaratkan seperti menyakitkan hati orang lain.

7. Saya tidak suka kepada orang yang rasa hanya dia yang betul dan orang lain di sekeliling hanya hendak mencari pasal dengannya. Jika saya tidak sukakan seseorang, orang lain akan menyedarinya kerana saya tidak pandai hendak bermuka-muka.



8. Sekalipun apa yang saya gemari biasanya melibatkan aktiviti menghabiskan duit, tetapi saya berbelanja secara bijak. Saya boleh mengawal diri dan berdisiplin dalam berbelanja. Saya hanya membeli apa yang saya rasa perlu. Kalau tidak, macam mana nak simpan duit untuk saya memanjakan diri dengan aktivti-aktiviti menghabiskan duit? Hehe.

9. Saya bukanlah seorang guru yang garang. Kata pensyarah saya yang menilai saya semasa praktikum, saya mengajar bagai seorang ibu mengajar kepada seorang anak. Haha. Kelakarnya di rumah, jika mengajar Hardy, suami saya selalu kata saya mengajar macam ibu tiri!

10. Susah hendak lihat saya marah kerana saya selalu menyimpan kemarahan saya sendiri hingga kadang-kadang orang mengambil kesempatan kepada saya. Tetapi bila kemarahan itu meletus....oh tidak!

Rasanya itu saja pasal saya. Tak ada yang istimewanya macam orang lain juga. Er, Hezy tak payah tag orang lain ye sebab saya pun macam anda juga; kawan tidaklah ramai yang ada blog dan kalau ada pasti sudah ditag! Harap anda berpuas hati dengan jawapan saya!

4 comments:

Hezzy Azra... said...

Salam Laila,
Haha... siap ada gambar tu! Bagus punya description. Btw... aku suka fakta yg no 8 tu! Hehe

laila kamilia said...

hezy-fakta no. 8? hahahaa

YaNa said...

setuju semua betol! the way u describe is exactly u!

laila kamilia said...

yana-setuju ek? maksudnya memang akak mengenali diri sendiri...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...