15 May 2009

Barbeku Musim Bunga I

Hendak ikut sama macam orang Jerman, maka kami orang Malaysia sibuk juga hendak bakar-membakar semasa musim bunga ni. Memang asal kami berniat hendak membuat acara bakar-membakar ini secara besar-besaran tetapi orang-orang bujang Berlin sudah tidak tahan melihat hanya orang Jerman yang makan sedap-sedap. Maka Chef Naseer dan geng menjemput kami semua makan-makan pada petang Khamis lalu.


Dengarnya balik saja dari restoren terus dia melaksanakan misinya. Sempat lagi memasakkan kami roti canai dan kari ayam bersama air timun laici. Masakannya memang sedap, sesuailah dengan status chef restoren di Berlin ni (dengar cerita Chef Shidee dan Chef Saiful juga sedang berniat hendak mengajak kami makan sate pula). Untung ada kawan pandai masak ni...kenyang perut. Hehehe tambah untung bila Chef Naseer rupanya memang membiaya semua makanan petang itu. Moga murah rezeki Chef kita dan cepat dapat jodoh yer...






Terima kasih juga pada Emy yang bertungkus-lumus menyediakan nasi panas dan air asam power sebagai cicahan kami. Kepada Malaysian Berliners lain-lain yang turut menyumbang tenaga dan lain-lain barang, terima kasih juga. Petang itu memang seronk kita berkumpul-kumpul hingga tidak sedar hari sudah jam 9.00 malam! Semuanya gara-gara hari yang lambat gelap....Kalau tak tengk jam, agaknya masing-masing tak sedar bila sudah dapat bersembang!


InsyaAllah barbeku besar-besaran sedang dirancang istimewa untuk Malaysian Berliners. Kali ini insyaAllah kita bakar lebih banyak lagi dan lebih ramai lagi!

2 comments:

lin ali said...

bbq??
sosej bakar sayap madu
sering menggangguku

aduhh
tapi buat masa ini
cuaca tak mengizinkan
dek awan yang mendung selalu
bagi isyarat nak muntahkan hujan

aduhhh
hatiku tak keruan
harap2 panaslah minggu depan

yeh yeh
minggu depan bank holiday..
yeh yehh.

laila kamilia said...

bila nak barbeku kat sini? menarik gak ayam madu tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...