11 January 2014

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium II - Brugge

Kami ke Brugge atas cadangan Kak K yang beria-ia menggembar-gemburkan yang Brugge ini cantik diibarat Little Venice. Jadi kami pergi sementelah sudah sampai ke Belgium. Kedudukan Brugge yang tidak jauh dari rumah Natrah yang kami tumpang berteduh memudahkan kami untuk ke sini. Tambangnya tidaklah mahal sangat dalam Euro11 pergi-balik.

Pagi itu hujan agak lebat dan kami menggigil kesejukan. Tetapi kerana sudah sampai, kami gagahkan kaki juga. Bersama peta yang diberikan Natrah, kami menselurusuri Brugge yang kedudukannya agak tersorok agak jauh dari jalan utama. Brugge sebuah perkampungan yang sangat cantik dengan bangunan lama, terusan dan keindahan warna-warna alam. Saya benar-benar terpesona dengan keindahannya dan tidak menyesal ke mari.



Bila kami tiba hujan masih renyai-renyai tetapi bila sudah sepuluh minit di sana, matahari menunjukkan wajah melengkapkan suasana indah dan mood untuk bergambar di sini sana. Penat bergambar, kami singgah makan waffle yang lembut dan lazat. Kalau hendak membeli-belah, deretan kedai-kedai yang berjenama turut ada di kiri-kanan jalan. Kedai cenderamata dengan harga berpatutan juga berlambak-lambak. Pendek kata Brugge menawarkan pakej yang lengkap. Kata sesetangah orang, tak perlu ke Venice untuk menikmati pemandangan indah menaiki bot. Di sini ada segala-galanya. Ia mendapat jolokon Venice of the North.

Ada banyak lagi gambar-gambar cantik di sini tetapi saya tidaklah boleh memuat naik semuanya. Sesungguhnya Brugge memang cantik dan mendamaikan. Jika anda ke Belgium singgahlah ke sini dan anda pasti kagum dengannya.

ENTRI ini pertama kali ditulis pada 10/5/2009

4 comments:

Khairul said...

jelesnya haku.....

laila kamilia said...

apa nak jeles...pi pahang tu ko duk kat sg pahang...amik payung amikla gbr....hahahaha. lepas tu tgkp ikan patin kat sg pahang

amy said...

Saya merancang untuk ke Belgium dan Holland Jun ini. saya nak tanya Laila sewa kereta ke travel kat sana? boleh suggest syarikat car hire yg OK dan reasonable kat sana? Terima kasih.

laila kamilia said...

hi amy,
cuba tengok europecar. saya cadangkan u naik train saja. kalau kereta left handed

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...